Tak dinafikan bahawa ada sesetengah daripada kita menganggap haiwan peliharaan itu saling tak tumpah macam ahli keluarga sendiri. Mana tidaknya, setiap telatah dan gelagat mereka sering membuat kita terhibur, lebih-lebih lagi saat dirundum masalah atau stress. Antaranya adalah yang sering disukai ramai kerana sifatnya yang begitu manja dan suka dibelai. Walau bagaimanapun seperti manusia, haiwan comel berkenaan juga boleh menghidap masalah kesihatan serta mempunyai tempoh hayatnya tersendiri.
BACA:Â [FOTO] Menyamar Macam Kucing Comot Tepi Jalan, Padahal Bertuankan Orang Kaya
Pertemuan tak dirancang…bela ‘Siti Afiyah’ dari kecil sampai beranak-pinak
Menerusi prkongsian yang dibuat oleh pengguna Twitter bernama @muazz_t baru-baru ini, dia mengimbau kembali setiap detik bersama haiwan peliharaannya sejak dari kecil lagi. Menariknya, kucing betina tersebut dinamakan sempena anak sulung penyanyi nombor satu Malaysia iaitu ‘Siti Afiyah’. Walaupun dikatakan agak nakal dan suka menggigit orang, namun dia hanya berkelakuan baik terhadap Muaz sahaja hinggakan pemuda itu menyayanginya macam anak sendiri.
Sampai je dekat rumah aku letak dia dalam kotak bersama susu dengan tuna yang aku jumpa dekat dapur. Esok paginya, aku tunjuklah kucing ni kat mak aku, tanya okay tak nak simpan. Mak aku pun setuju sebab comel, lepastu bagi nama dia Siti Afiyah, sama macam anak Dato Siti pic.twitter.com/O5rUgXjdGv
— 505 (@muazz_t) February 15, 2020
Gambar kiri tu 2018, gambar kanan 2019. Dah besar dah dia tapi perangai sama je pic.twitter.com/eLA2yVhaAO
— 505 (@muazz_t) February 15, 2020
Umur baru setahun dah jadi ibu. Aku gembira tgk afiyah ada anak, nampak dia semangat nak jaga anak dia. Dah bukan macam budak2 dah pic.twitter.com/VeSF3IIsy4
— 505 (@muazz_t) February 15, 2020
Sejak jadi mak ni, afiyah dah tak active macam dulu. Dia jadi seekor pemalas. Bila tak makan dan tak shishi, dia akan duduk atas katil dia yang takde orang lain boleh duduk. Garang pic.twitter.com/rihtjicDBh
— 505 (@muazz_t) February 15, 2020
Jadi sedih & depressed lepas terhimpit anak sendiri…makin tak bermaya
Namun keadaan mula bertukar cemas apabila Afiyah menghidap komplikasi setelah melahirkan anak-anaknya buat kali yang kedua. Apabila dibawa ke klinik veterinar, doktor telah melakukan operation dan terpaksa membuang rahimnya. Namun apa yang memeranjatkan adalah Afiyah dikatakan telah menghimpit kesemua anaknya pada masa itu sebelum menjadi stres dan murung. 3 hari kemudian, kucing kesayangan Muaz disahkan menghidap sejenis virus yang boleh merosakkan organ dalamannya selain tiada penawar bagi jangkitan itu.
Sejak hari khamis tu, 3 kali sehari aku dengan mak aku bagi dia makan minum pakai syringe macamni. Sawan dia semakin kurang, dan mula nampak kurang pucat muka dia. Nampak dia macam ada hope lagi since masalah dia adalah malnutrition pic.twitter.com/1yOLrtiNrw
— 505 (@muazz_t) February 15, 2020
FIP yang afiyah dapat ni dah affect sistem saraf dia yang buatkan dia lumpuh
— 505 (@muazz_t) February 15, 2020
Muntah balik makanan & kena sawan…Afiyah dah tak bernafas
Malam tadi pula, Muaz dan ibunya sempat memberi makan kucing itu dengan jumlah yang agak banyak. Akan tetapi, semuanya dimuntahkan semula oleh Afiyah sebelum menghidap sawan yang agak kritikal pula pada masa itu. Namun mungkin masanya sudah tiba, si comel berkenaan akhirnya menghembuskan nafas terakhir tepat jam 12.00 malam dan dikebumikan kawasan kesukaannya. Maklum pemuda ini lagi, dia sangat menyayangi Afiyah walaupun dia cuma seekor kucing jalanan suatu ketika dahulu.
Aku tanam kau dekat tempat yang kau suka main2 dulu. Harap kau suka pic.twitter.com/jpprWclt0p
— 505 (@muazz_t) February 15, 2020
Sumber: Twitter muazz_t