Majlis bertunang merupakan di antara fasa awal sebelum mendirikan rumah tangga. Walalupun bakal mempelai merasa gembira menantikan hari bahagia, pasti timbul juga perasaan sedih khususnya kepada ahli keluarga kerana nantinya dia akan membawa diri mengikut langkah suami. Mungkin itu juga yang dirasai oleh penyanyi dan juga pelakon Naim Daniel apabila kakaknya bernama Emylia Izzati mengikat tali pertunangan seterusnya bakal berkahwin.
BACA : Walau Single Selama 37 Tahun, Lelaki Ini Tetap Mengaku Berkahwin Is Better
Semalam hari paling behave…Duduk belakang tak banyak cakap
Berita gembira berkenaan mula dikongsikan ke Instagram Naim dan sudah pun meraih hampir 50,000 tanda suka daripada netizen setakat ini. Walaupun ini merupakan posting ucapan tahniah kerana kakaknya sudah disunting, namun nampaknya ada aura sayu yang terselit di sebalik kata-katanya. Penyanyi lagu ‘Sumpah’ ini katanya hanya duduk jauh di belakang dan tidak banyak bercakap sepanjang majlis pertunangan tersebut. Dia juga sempat mengimbau kenangan sewaktu mereka kecil-kecil dahulu.
Orang tak tahu ni kakak aku…Tapi tak apalah
Bukan sahaja menjadi penjaga tidak kira di mana sahaja tempatnya, malahan dia sempat mendedahkan tentang pengorbanan lain kakaknya selama ini. Dedahnya lagi, kakaknya pernah merajuk kerana Naim tidak membuat posting tentang majlis pertunangannya itu. Namun bagi artis berumur 22 tahun ini sendiri, dia mempunyai sebuah perspektif yang sedikit berbeza mengenai privasi keluarganya.
Sama perasaan bila adik aku cakap nak kahwin tahun depan
Membaca kapsyen sedih Naim, netizen juga seolah-olah tersentuh dan sangat memahami rasa sedihnya itu. Mereka mendoakan yang terbaik buat wanita tersebut sekaligus mula berkongsikan pengalaman sama sewaktu adik beradik mereka bersatu dengan jodoh masing-masing dahulu.
Sumber : Instagram Naim Daniel