Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh

30th November 2019
in Viral
Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh
589
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Perlawanan akhir Piala Malaysia 2019 yang berlangsung awal bulan ini menyaksikan pasukan bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) membelasah teruk skuad Kedah dengan gol 3-0. Namun di sebalik moment suka duka penyokong selepas menyaksikan perlawanan berkenaan, seorang gadis bernama Minaa telah menarik perhatian ramai apabila dia seolah-olah jatuh cinta pandang pertama terhadap seorang pemuda. Siapa menyangka niat menyaksikan perlawanan bola sepak akhirnya membuatkan perasaan cinta berputik.

BACA : [FOTO] Berkat Jadi Kaki Travel, Wanita Ini Berjodoh Dengan Suami Mat Salleh

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh
Kredit Foto : BERNAMA

Nak kenal dengan lelaki ni…Retweet sampai jumpa

Pendedahan ini dibuat sendiri oleh sahabat baiknya yang menggunakan akaun Twitter Nazira. Memandangkan kuasa media sosial di zaman kini memang memberikan impak luar biasa, dia menggunakan peluang berkenaan untuk menghebahkan hasrat Minaa dalam mengesan pemuda tersebut. Sejak dikongsikan pada petang semalam, posting berkenaan sudah berjaya meraih ribuan retweet daripada pihak netizen.

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh

Kalau aku jumpa dia lagi, dia jodoh aku

Menurut Nazira lagi, Meena sebenarnya pernah putus tunang sebelum ini dan perpisahan itu membuatkan dirinya enggan mengenali lelaki lain. Namun pertemuan bermakna yang terjadi di Stadium Nasional Bukit Jalil tersebut nampaknya membuka semula pintu hatinya yang sekian lama tertutup rapat. Mereka berdua sempat berbual dalam keadaan terburu-buru sebelum berpisah memandangkan semua bergegas pulang selepas perlawanan tamat berlangsung.

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh

Sekali pandang rupa ada iras-iras…Semoga berjumpa

Walaupun tidak mengetahui status sebenar pemuda itu, dia masih mahu mencuba nasib. Andai kata si dia sudah pun menjadi milik orang, maka Menaa akan mengangkat kaki daripada cinta pandang pertamanya itu. Mengetahui kisah ini, netizen merasa teruja untuk menantikan pengakhiran misi menjejak jodoh ini dan mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh

Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Nazira

Tags: gadisjejakJodohkawankuasa viralPemudastadium
Next Post
Cinta Pandang Pertama Di Stadium Bola, Gadis Gunakan Kuasa Viral Menjejak Jodoh

Viral Lagi Video Perpisahan Calon SPM 2019, Reaksi Akhir Guru Tambah 'Barai'

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)