Mencatatkan bilangan case tertinggi iaitu sebanyak 80,981 dengan lebih 3000 angka kematian, negara China terus resah mengenangkan nasib mereka apabila wabak koronavirus tidak menunjukkan tanda-tanda reda. Lebih teruk lagi, bilangan case di luar negara gergasi itu juga terus menngkat saban hari. Sepanjang fenomena menakutkan ini tercetus, industri pembuatan mask memperolehi demand yang tinggi kerana ia boleh dikatakan sebagai perlindungan wajib buat masa sekarang.
BACA :Â Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat Sporadic Pertama Covid-19
Topeng muka cemarkan kawasan pantai Hong Kong
Meskipun ia digunakan untuk mengurangkan risiko jangkitan Covid-19, siapa menduga penutup wajah berkenaan kini mengundang satu masalah lain di sekitar kawasan Hong Kong. Menurut laporan daripasa Astro Awani, salah satu persisiran pantai kawasan tersebut mengalami pencemaran alam sekitar apabila berdepan dengan longgokan sampah termasuklah topeng muka terpakai. Hakikat mengejutkan ini didedahkan sendiri oleh seorang lelaki bernama Gary Strokes yang juga bertindak sebagai Director Of Operation (OceanAsia).
Kita perlu melindungi semua orang
Di saat semua orang sedang berusaha melindungi diri sendiri daripada dijangkiti koronavirus, masalah seperti ini pastinya amat merisaukan sehingga mengundang paranoid. Jelas lelaki ini, pencemaran itu boleh memberikan impak yang sungguh negatif khususnya kepada kehidupan marin. Portal Nestia juga mendedahkan bahawa kebanyakan topeng yang ditemui sudah pun dijangkiti wabak Covid-19.
Buang kat laut pastu timbul masalah lain
Menilai semula gelombang wabak Wuhan yang terus mencanak naik, pastinya pencemaran tersebut membuatkan ramai pihak menjadi resah. Bagi netizen sendiri, aktiviti pembuangan sampah khusunya mask di kawasan perairan tidak wajar berlaku lebih-lebih lagi dalam keadaan-keadaan kritikal seperti ini.
Sumber : Instagram anaszahrin, Portal oceansia, Astro Awani, Nestia