Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single

24th September 2019
in Cinta & Perhubungan
“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
643
SHARES
3.6k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Biasanya orang yang single akan dikaitkan dengan kemurungan atau berasa rendah diri kerana belum memiliki teman istimewa. Kita mungkin melihat orang lain berkongsi moment terindah mereka bersama buah hati masing-masing dalam media sosial sementara yang single pula, kawan-kawan atau keluargalah yang menjadi penghias foto. Namun, janganlah bersedih kerana banyak sisi bahagia daripada kehidupan secara solo yang anda mungkin tidak tahu. 

BACA: Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik – Ini Antara 7 Sign Si Dia Adalah Jodoh Anda

Menurut kajian daripada Universiti of California Santa Barbara, terdapat banyak kelebihan dari sudut psikologi apabila anda hidup single. Berikut adalah 6 kelebihan jadi single yang bakal mengubah persepsi anda. 

1. Boleh ke mana-mana sahaja

Sesiapa yang mempunyai partner mungkin perlu update kepada si dia sebelum ke mana-mana. Hal ini berlawanan dengan mereka yang hidup secara solo kerana mereka mampu ‘terbang’ bebas dan menghayati kemanisan hidup tanpa sebarang gangguan.

“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Gambar sekadar hiasan

2. Kurang komitmen

Pada usia yang muda, anda tentu ada keinginan yang belum dicapai. Misalnya, nak sambung belajar ke luar negara, menambah pengalaman kerja dan sebagainya. Namun, perkara ini bukanlah mudah sekiranya anda sudah mempunyai komitmen terhadap si dia. 

3. Mampu berdikari

Orang yang single lebih banyak melakukan segala hal secara bersendirian. Anda mesti selalu melihat gelagat si lelaki memandu kereta ketika dating, mengangkat barang si teman wanitanya dan berbagai lagi, tetapi cuba anda bayangkan jika mereka sudah hilang tempat untuk bergantung sebegitu. 

“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Gambar sekadar hiasan

4. Tak perlu berkongsi

Dalam pada itu, mereka yang single juga tidak perlu tertekan dengan konflik kewangan yang dihadapi oleh si dia. Malah, anda juga tidak perlu berkongsi wang dengan orang yang tersayang sebaliknya menyimpan atau menggunakannya untuk perkara yang lebih menghiburkan diri sendiri. 

5. Bebas berkawan

Sesetengah orang mungkin berfikir bahawa orang yang single ini tidak laku. Bagaimanapun, mereka sebenarnya silap kerana ada orang yang memilih jalan hidup sebegitu kerana ingin bebas berkawalan dan berkenalan. Bukan apa, banyak pula pantang larangnya kalau dah berdua nanti. 

6. Banyak masa berkualiti

Bercinta itu adalah satu komitmen. Bila dah sepakat untuk menjalani hubungan yang lebih serius, maka anda mungkin bakal kehilangan moment yang pernah anda kecapi pada waktu solo dahulu. 

“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Gambar sekadar hiasan

Sumber: Pesona Pengantin & cosmopolitan

Tags: 6 kelebihan singleantara 6 kelebihan singlebebas berkawanbukan tak lakucuma nak bebas berkawanjadi singlesinglesolo

Related Posts

“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Artis

“Selalu Dapat Karakter Jahat” – Idzham Lega Watak ‘Ikram’ Tarik Perhatian Orang

30th March 2023
“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single
Artis

“Comel Sangat Rasa Nak Gigit” – Imam Shah Goyang Berlakon Dengan Hannah Delisha

27th March 2023
Next Post
“Bukan Tak Laku, Cuma Nak Bebas Berkawan” – Ini Antara 6 Kelebihan Jadi Single

[VIDEO] Comel Je Meragam, Tapi Setelah Abang Pujuk Terus Tewas Dalam Pangkuan

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)