Kejadian pecah rumah semakin berleluasa di negara ini. Para penjenayah malah boleh dikatakan sanggup menggunakan apa sahaja taktik bagi melakukan kerja kotor tersebut semata-mata untuk mendapatkan harta barang yang mereka mahukan. Menerusi perkongsian di laman Facebook baru-baru ini, seorang gadis bernama Fatien Abdul telah mendedahkan detik cemas apabila rumah sewanya dimasuki perompak tanpa disedari langsung oleh kesemua penghuni yang ada di dalamnya.
BACA :Â Tahan Orang & Bagi Alasan Sama Demi Dapat Duit, Ramai Dakwa Budak Ini Kaki Scam
Bukan saja dipecah masuk tapi dicalit minyak dagu
Menurut Fatien lagi, kediaman mereka turut dicalit minyak dagu di setiap katil, pintu bilik dan rumahnya dalam kejadian sekitar malam Jumaat yang lalu. Waktu itu, rakan-rakannya sibuk dengan aktiviti masing-masing. Manakala dia pula sedang menyiapkan tugasan sebagai wartawan pelatih di sebuah syarikat media.
“Kamu semua kena pukau”
Namun, secara tiba-tiba salah seorang rakan mengejutnya dan bertanyakan soal telefon bimbit miliknya sebelum menyedari ia telah hilang termasuklah beberapa barangan lain. Perkara yang paling pelik berlaku adalah pintu rumah sewa itu terbuka luas dan tidak berkunci. Susulan kejadian misteri itu, mereka terus menghubungi balai polis berhampiran.
Polis minta jangan sentuh apa-apa, ‘cuci’ rumah
Sejurus pihak polis tiba ke lokasi, mereka diminta untuk membuat laporan berkaitan kerugian dan pergi ke balai untuk berjumpa dengan pegawai penyiasat. Di samping itu, pegawai berkenaan turut meminta mereka agar tidak menyentuh apa-apa barang bagi tujuan siasatan cap jari suspek. Jelas Fatien lagi, mereka langsung tidak menyedari akan kejadian tersebut. Malah bapa kepada seorang rakannya mengesyaki rumah mereka telah dicalitkan sejenis minyak dagu.
Pukau melalui angin
Tambah bapa rakannya itu, minyak dagu bukan saja digunakan buat seseorang jatuh cinta tapi untuk tujuan lain juga. Malah perompak itu turut pukau mereka melalui angin dan dilakukan sejak sekian lama. Ujarnya lagi, taktik tersebut besar kemungkinan ‘menjadi’ kebetulan jatuh pada malam Jumaat dan boleh dilihat menerusi beberapa kelakuan penghuninya sebelum kejadian itu berlaku.
Sumber : FB Fatien Abdul