Seiring dengan perkembangan zaman, orang lelaki selaku ketua keluarga harus lebih kuat dalam mendepani arus kehidupan. Mana tidaknya, semakin hari tugas mencari rezeki menjadi sukar lebih-lebih lagi yang merancang untuk menambah anak dalam keluarga. Mungkin anak muda di luar sana yang masih bujang sering kali teruja untuk mendirikan rumah tangga, namun melihatkan pendedahan daripada seorang lelaki ini pastinya bakal membuka mata anda dari satu sudut lain.
BACA :Â Berbulan Kahwin Tapi Belum Merasa Rezeki Hamil, Wanita Ini Risau Perasaan Suami
Life aku bukan main-main
Mula dikongsikan menerusi Twitter @iamjoeyjohari sejak petang semalam, posting itu sudah mendapat belasan retweet daripada netizen. Dia telah menunjukkan nilai perbelanjaan secara bulanan dan tahunan merangkumi duit nafkah buat anak-anak, isteri, ibu serta komitmen kenderaan. Sesekali melihat senarai seperti ini, barangkali hakikatnya seakan sama dengan nasib kita sendiri yang begitu struggle dalam merancang kehidupan. Sebab itu juga, Joey telah berpesan supaya orang lelaki lebih kuat dalam menguruskan keluarga masing-masing.
Aku kelam kabut kerja macam takde hari esok
Walaupun secara kasarnya kita melihat pendapatan yang diperolehi jurufoto ini boleh tahan banyaknya, namun Joey sendiri masih terus berusaha keras dalam mencari duit. Selain berpesan untuk menguatkan semangat, dia juga berharap supaya orang ramai lebih bijak dalam berbelanja kerana simpanan untuk masa hadapan adalah lebih penting. Tidak ketinggalan, orang wanita juga disarankan mencari suami yang bijak mengurus wang. Kalau mengharapkan perasaan sayang semata-mata, itu bukanlah jaminan yang cukup dalam menguruskan ekonomi keluarga.
Sumber : Twitter iamiamjoeyjohari