Bagi mencari rezeki untuk menampung kehidupan, seseorang individu lazimnya akan menghabiskan masa sehingga 11-12 jam sehari melakukan pekerjaan masing-masing. Itulah realiti kehidupan bekerja di Malaysia yang perlu dihadapi. Walau bagaimanapun ramai yang mengganggap itu semua adalah perkara biasa. Walhal ia telah melebihi waktu maksimum yang telah ditetapkan melalui Undang-Undang Buruh di bawah Akta Kerja 1955.Â
BACA:Â [VIDEO] Siap Tipu Konon Busy Kerja, Ibu Menangis Lepas Anak Hadiahkan Kereta
Balik on-time je orang pandang lain macam
Menerusi satu perkongsian di laman Twitter oleh pengguna akaun @InjangNation, budaya kerja seperti itu adalah sangat membimbangkan terutamanya di Malaysia. Walaupun ada sesetengah syarikat yang tidak menghalang stafnya untuk pulang tepat pada waktu tamat bekerja, namun ada pihak bertindak mengecam para pekerja tersebut. Malah mereka ini seolah-olah dipandang sebagai ‘berdosa’ sekiranya pulang secara on-time dan tidak ‘stay back’ sehingga malam.Â
Nak ambik cuti tak sihat pun susah lepas
Jika seseorang pekerja itu tidak dapat datang atas sebab kecemasan atau masalah kesihatan, maka mereka juga akan dipandang serong seolah-olah telah berbuat kesalahan besar. Meskipun cuti tahunan telah ditetapkan untuk beberapa hari, tetapi kadang-kadang permohonan cuti masih lagi sukar diluluskan serta terpaksa bekerja pada hari cuti umum.Â
Mentang-mentang bujang disuruhnya kerja sabtu ahad
Perkongsian tersebut telah mendapat banyak respon daripada para netizen. Rata-rata bersetuju dengan pendapat berkenaan malah mereka turut mengambil peluang untuk menceritakan pengalaman sendiri sewaktu berhadapan dengan situasi yang sama. Mereka juga mengakui perkara itu seolah-olah sudah sebati bagi seseorang yang sudah bekerja.Â
Sumber: Twitter Injang Nation