Ramai sebenarnya sudah tersalah faham siapakah yang sepatutnya membuat kerja-kerja pengurusan rumah tangga. Sebenarnya kalau diikutkan, golongan suami harus membuat segala kerja rumah dan aktiviti tersebut tidak menjadi tugas hakiki isteri semata-mata. Namun di zaman kini, entah mengapa orang lelaki gemar meletakkan tugas tersebut atas bahu isteri sepenuhnya. Mungkin nampak tidak serius, namun tahukah anda isteri boleh mengalami tekanan jiwa apalagi jika dia turut memiliki kerjaya sendiri.
BACA :Â Bercinta Sebelum Kahwin Lebih Selamat, Boleh Kenal Perangai Si Dia Depan-Depan
Minta dijauhkan suami yang semua benda kena disiapkan
Sudahlah penat bekerja untuk membantu ekonomi keluarga, mereka menjadi semakin penat apabila suami mengamalkan sikap lepas tangan. Padahal dalam rumah tangga, seharusnya suami isteri bersikap bertimbang rasa sesuai dengan situasi. Konflik itu sempat dihuraikan juga oleh seorang perempuan ini di Twitter. Baginya sendiri, dia berharap semoga bakal suaminya kelak tidak bersikap seperti ‘raja’ dalam rumah tangga.
Kalau lepas kahwin kena tanggung suami, baik takyah kahwin
Tidak ketinggalan, Nuriyliamalek sempat mendedahkan pendirian serta prinsip salah seorang rakannya yang kini masih lagi membujang. Bagi individu berkenaan, adalah lebih baik dia tidak berkahwin daripada terpaksa menanggung segala benda yang sepatutnya dibuat juga oleh suami.
Suami nak layanan macam raja, isteri tak dilayan macam permaisuri
Di ruangan komen, kebanyakan netizen begitu bersetuju dengan pendapat yang diutarakan oleh wanita ini. Bagi mereka sendiri, memang majoriti suami di masa kini seakan terlepas pandang dengan hal-hal kerja rumah dan masih mahu menerima layanan istimewa. Walha mereka sendiri tidak pernah cuba meringankan beban isteri.
Sumber : Twitter Nuriylianamalek