Sudah menjadi kebiasaan jika lelaki yang melakukan ‘first step’ dalam sesuatu hubungan. Lelaki sememangnya individu yang bersungguh-sungguh apabila dia sudah menyukai seseorang. Sebaliknya jika wanita yang memikat lelaki dahulu, tentu dipandang pelik dan janggal. Bagaimanapun, lain pula ceritanya dengan kisah seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun Fadhil Roslizan. Dia mendedahkan bahawa perumpamaan ‘perigi cari timba’ telah menyatukan dia dan isteri.Â
BACA:Â [VIDEO] Busy Dengan Phone Tapi Bila Suami Datang, Reaksi Isterinya Cute Habis!
Berceloteh di sebuah ruangan thread, lelaki ini memberitahu isterinya telah memulakan langkah terlebih dahulu ketika dia sedang bertugas di sebuah majlis kahwin. Ternyata, kisah jurufoto bertuah ini bukan biasa-biasa.
Rasa diperhatikan ketika bertugas
Segalanya bermula sekitar tahun 2017 dimana lelaki ini sedang bertugas sebagai jurufoto di sebuah majlis kahwin client bernama Bella di Felda Sungai Koyan. Ketika dia sibuk mengambil gambar, rupanya sepasang mata ini telah lama memerhatikannya.Â
Disapa selepas 3 bulan
Pada 3 Disember 2019, seorang wanita yang menggunakan nama akaun Emira Mamora telah menyapa dirinya di Facebook. Pada awalnya, dia hanya beranggapan bahawa wanita itu ingin membuat tempahan untuk mengambil gambar. Namun, dia tidak menyangka rupanya wanita itu pernah mengenalinya sejak tiga bulan yang lepas di acara wedding Bella.Â
Mengikat tali pertunangan
Selepas detik itu, mereka menjadi semakin rapat dan sering berhubung melalui WhatsApp. Sehinggalah pada 22 Disember 2018, mereka mengikat tali pertunangan.Â
8 Jun 2019
Selepas 6 bulan bertunang, akhirnya jurufoto ini selamat memperisterikan wanita tersebut pada 8 Jun 2019 bersamaan hari raya keempat. Dalam thread yang sama, lelaki ini turut mengucapkan penghargaan buat isteri kerana banyak mengajar dirinya.
Sumber: Twitter fotofadh