Nama pelakon Izreen Azminda tidak perlu diperkatakan lagi. Sejak mendirikan rumah tangga bersama seorang pemuzik bernama Ude Wahid, dia mendapat kritikan hebat terutama di laman media sosial kerana dituduh sebagai perampas kebahagiaan orang lain. Sejak itu, dia mengambil keputusan untuk menutup ruang komen di Instagram bagi mengelakkan para pengikut melemparkan pelbagai tuduhan terhadapnya.
BACA :Â Dah Tak Boleh Nak Sorok Perut, Adik Syatilla Melvin Sah Sedang Hamil 5 Bulan
Bukan takut dicemuh tapi..
Menerusi laporan Berita Harian, pelakon berusia 35 tahun ini memberitahu bahawa dia enggan menjadi punca perbalahan dan tidak mahu mengundang dosa orang lain apabila mereka terus ‘bercakaran’ di entri tersebut.
Belajar banyak perkara selepas berdepan ujian
Tambah anak jati Perlis ini lagi, kontroversi yang melanda hidupnya sejak 2 tahun lalu telah banyak mengubah sikapnya. Malah Izreen mengakui bahawa dugaan tersebut terlalu berat untuk dihadapi pada mulanya. Namun, dia kini tidak lagi melihat ujian tersebut dari sudut yang negatif.
Takut baca setiap kecaman yang diluahkan..
Jelas ibu kepada 2 orang cahaya mata ini, meskipun hatinya terguris apabila terdapat sesetengah netizen yang mendoakan perkara buruk berlaku dalam kehidupannya dan reda. Malahan Izreen mengakui dia takut membaca setiap kecaman yang dilemparkan itu dan berharap agar netizen tidak terlalu mengikut perasaan.Â
Sumber : BH Online