Berbicara tentang scam, telah banyak cara yang digunakan untuk menipu daya orang ramai. Jika di Malaysia, antara modus operandi scam yang famous adalah scam cinta, scam LHDN, scam KWSP. Mereka menggunakan email atau telefon untuk memperdayakan orang ramai terutama sekali warga tua. Saban hari, modus operandi ini menjadi lapuk dan orang ramai tidak lagi terpedaya dengan helah mereka.
BACA: [VIDEO] Ibu Prank Marahkan Anak Sampai Menangis, Rupanya Nak Bagi Hadiah Motor
Oleh itu, scammer telah mengolah modus operandi dan menjadi lebih kreatif. Seperti yang berlaku dalam video ini, seorang pemuda berlakon seolah-olah mengalami kecelakaan teruk selepas terkena kereta sebuah kereta. Ini adalah modus operandi terbaru untuk scam pemandu supaya dapat menuntut wang pampasan kecelakaan.
Usaha pemuda itu untuk menjadikan insiden itu real, telah menjadi bualan warganet. Mana tidaknya, pemuda itu dilihat telah berguling2 beberapa pusingan sehingga tidak logik bagi seseorang yang sedang mengalami kecelakaan. Warganet telah membandingkan dengan aksi drama Tamil yang sinonim dengan aksi luar biasa. Bagi warganet, lakonan pemuda ini jauh lebih hebat dari lakonan drama Tamil.
Di dalam video tersebut, pemandu tersebut tidak mudah percaya dengan helah pemuda (scammer) tersebut. Kejadian ini boleh dijadikan iktibar kepada kita semua supaya lebih berhati-hati dan tidak terjerumus ke dalam modus operandi peras ugut ini.
Kredit: Facebook Bosco Chu