Sebut sahaja Riena Diana, pasti ramai mengenali selebriti wanita ini yang namanya kian meningkat naik menerusi watak Lailer dalam drama ‘Kampung People’. Bahkan sejak akhir-akhir ini rezekinya juga semakin mencurah dengan pelbagai tawaran lakonan. Terkini, aktres itu dikatakan telah dimasukkan ke pusat perubatan ketika menjalani sebuah penggambaran di Muar, Johor.
BACA:Â [VIDEO] Jekfer Nyaris Kena Caras, Reaksi Lailer Terus Berubah Lepas Kena Pujuk
Alami muntah & badan lemah sebab tak cukup rehat…akan sambung kerja lepas dah sihat
Memetik laporan daripada portal mStar Online, Riena Diana mengakui bahawa tidak cukup rehat sehingga menyebabkan dia sering muntah dan badannya lemah. Ujarnya, kejadian tersebut berpunca kerana dia telah bekerja selama beberapa bulan tanpa henti. Pelakon berusia 23 tahun itu menyatakan kesihatannya kini semakin beransur pulih dan akan kembali bekerja seperti biasa selepas sihat sepenuhnya.
Tolak tawaran berlakon saat akhir…overthinking sebab takut pihak produksi marah
Susulan kejadian tersebut, Riena Diana juga menyatakan bahawa terpaksa menolak tawaran pada saat akhir meskipun perkara itu tidak pernah dilakukan sebelum ini. Malah aktres jelita berkenaan mengakui terlalu overthinking kerana khuatir ada pihak yang salah anggap dengan masalah sedang dihadapi. Akan tetapi, dia bersyukur kerana team produksi memahami keadaannya malah akan menerima tawaran kerja mengikut kemampuan pada masa akan datang.
Sumber: Portal mStar Online