Isu berkenaan dengan kemelut rumah tangga pasangan selebriti tanah air tidaklah menjadi satu perkara yang asing lagi. Selepas Syamsul Yusof dan Farid Kamil, Afiq Muiz pula kini menjadi tumpuan apabila isterinya iaitu Pachara Apin telah menuntut fasakh dimahkamah baru-baru ini selepas permohonan cerai secara baik tidak diberikan kerjasama. Masalah rumah tangga pasangan itu dilihat menjadi semakin serius apabila mereka saling berbalah dengan melemparkan dakwaan di akaun media sosial masing-masing.
BACA:Â Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu
Kalau baik tak apa.. Ni macam iblis
Berang apabila mendapat kecaman daripada rata-rata netizen berhubung sikapnya yang tidak mahu melafazkan talak, Afiq dipercayai telah melemparkan sebuah komen berbau amarah dengan menyatakan perangai sebenar isteri. Menurutnya, Pachara bukanlah seorang wanita yang bersikap baik. Malah dia gemar meneguk minuman keras dan seringkali keluar bersama lelaki sehingga pulang ke rumah lewat 3 pagi. Tidak tahan dengan tohmahan yang diberikan, dia yang digelar lelaki dayus itu turut menzahirkan rasa kesalnya dengan kerap kali membalas kata-kata netizen di bahagian komen.
Tak guna juga bercakap tanpa bukti
Menerusi laman Instagram Afiq Muiz sendiri, dia dipercayai telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan paparan skrin antara perbualan isteri dan beberapa orang lelaki. Melalui perkongsian itu, dia turut memberi kenyataan berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan menjelaskan perbuatan Pachara adalah disengajakan kerana berniat untuk memburukkan reputasi.
“Sedar la sendiri diri tu… Tak payah beria jaja cerita aku aniaya kau.. Sudah-sudah la tu cerita dongeng kau”.
Malah, pelakon lelaki itu juga meminta isterinya untuk sedar diri dan berhenti menjaja cerita berkenaan dengan isu memukul. Afiq yang dihimpit rasa terkilan sempat menulis pada ruangan kapsyen dengan menyatakan bahawa isterinya merupakan individu yang memadam rasa cinta dia terhadap pasangan.
Adik Afiq tepis dakwaan kakak ipar
Menjengah ke ruangan komen, adik kepada Afiq Muiz iaitu Siraj Azman turut sama meluahkan rasa geram kepada kakak iparnya dengan memberikan beberapa kenyataan mengenai sikap sebenar wanita itu. Dakwaan Pachara yang memberi tahu telah menanggung Afiq Muiz kerana hanya mahu bermain permainan video telah disangkal dengan tegas oleh adik pelakon lelaki tersebut. Ujarnya, dia dianggap tidak sanggup untuk hidup susah senang bersama abang ketika tidak ditawarkan berlakon beberapa bulan semasa PKP. Bukan itu sahaja, Siraj turut memaklumkan bahawa Afiq telah melakukan pelbagai perkara sehingga sanggup menghabiskan duit simpanan semata-mata untuk menampung kos pembelajaran isteri.
Kredit:Â Instagram Afiq Muiz