Diperbuat daripada pati kacang soya, tauhu sememangnya sudah menjadi makanan biasa buat kita semua. Bukan sahaja sedap dimakan apabila digoreng biasa, malahan ia sesuai dimasukkan sebagai bahan tambahan ke dalam juadah seperti sayur campur, sup mahupun mee goreng. Jika sebelum ini ramai kecoh dengan resipi tauhu bergedil, mungkin kali ini mak-mak di rumah boleh cuba menghasilkan tauhu berlauk pula.
BACA :Â Dikongsikan Ribuan Kali, Gadis Dedahkan Resipi Mudah Buat Dumpling Rebus-Goreng
Anak tak tahu dalam tu ada carrot dan daun sup
Mendengar namanya sahaja cukup mengiurkan apalagi kalau sudah masuk ke dalam mulut kan? Menjengah ke resipi yang dikongsikan Puan Nor Azian Iskandar melalui Facebook, ternyata cara membuat juadah ini begitu mudah. Bak kata orang, pejam mata pun boleh siap. Tambahan pula, bahan-bahan yang bertindak sebagai ‘lauk’ dalam tauhu memang mudah didapati selain mengandungi khasiat tersendiri.
Lawankan dengan sambal kicap…Sumpah sedap
Melalui perkongsian resipi daripada Puan Ariana Sofia Ahmad pula, dia mengisar bahan seperti tahu, telur dan daging ayam terlebih dahulu. Kemudian, barulah dia menambahkan bahan kasar lain ke dalam adunan tauhu tadi. Selepas itu, tuangkan keseluruhan adunan ke dalam loyang sebelum dikukus sehingga masak. Potong dan gorengkan di dalam minyak panas sebelum dihidangkan bersama sambal kicap yang pastinya membuatkan rasanya ‘terangkat’.
Tauhu kaya dengan kalsium
Selain enak dimakan waktu minum petang, rupanya resipi ini memberikan faedah kesihatan kepada anak-anak kita serta ibu yang sedang hamil. Rupanya, kandungan kalsium di dalam tauhu boleh membantu menguatkan tulang daripada terhakis. Bahkan bagi anak-anak yang terlalu sukar makan sayur, ini boleh menjadi langkah awal untuk membiasakan mereka.
Sumber : Facebook MAMA Dan Anak, Masak Apa Hari Ni