Sekitar semalam, kita dikejutkan dengan berita seorang bayi yang baru sahaja 3 jam dilahirkan akhirnya kembali menemui Pencipta. Semuanya terjadi gara-gara si ibu yang bertindak memberikan air kosong kepada bayi berkenaan. Bagai tidak percaya, namun tragedi tersebut seolah-olah membuktikan bahawa sesetengah ibu kurang mengambil tahu tentang benda-benda crucial yang terkandung dalam dunia kehamilan. Nampaknya, masih ramai yang memandang sebelah mata kepentingan berkaitan ilmu tersebut.
BACA :Â Susut Mendadak Jika Amal Diet Buang Nasi, Rupanya Buah Pinggang Boleh Merana
Takde alasan tak tahu…Ini tanggungjawab jaga nyawa
Dalam pada itu, perpsektif tentang kepentingan memiliki ilmu penjagaan bayi turut dikongsikan oleh beberapa individu di Twitter mereka. Menurut wanita dengan akaun @pja_chan, nampaknya dia sangat kecewa dengan tragedi bayi diberi air kosong tersebut. Katanya, ibu-ibu sebenarnya mempunyai tempoh yang begitu panjang untuk meraih sebanyak mungkin pengetahuan sebagai persediaan apabila bayi lahir nanti. Bukan sahaja secara bercetak, malahan pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun daripada telefon pintar masing-masing seharusnya dimanfaatkan sebaiknya.
Buat anak reti, jaga anak tak reti
Dalam masa sama, pendapat yang diutarakan oleh pemilik akaun bernama @Sha Hanien turut mendapat perhatian ramai. Katanya, sikap malas membaca yang semacam menjadi budaya biasa pada zaman sekarang sememangnya mempengaruhi kejadian sedemikian rupa. Selain itu juga, dia menyelar sikap sesetengah ibu yang meletakkan kesalahan di atas pakar perubatan apabila kejadian seperti ini berlaku. Padahal, semua itu boleh dielakkan sekiranya mereka mempunyai ilmu di dada.
Bayi bawa umur 6 bulan harus diberi susu ibu & formula sahaja
Tidak ketinggalan, seorang pakar perubatan bernama Dr. Nimelesh yang sering berkongsikan info kesihatan di media sosial turut bersuara tentang hal tersebut. Bahkan, beliau mendedahkan pernah berhadapan dengan bayi yang mempunyai masalah penghadaman gara-gara diberikan minuman bijirin. Bukan sekadar air kosong dan minuman bijirin, malahan madu serta susu lembu juga memberikan impak memandangkan fungsi tubuh bayi tidak sama dengan orang dewasa.