Mengenangkan semula situasi semasa COVID-19 yang terus meruncing, pihak KKM giat membuat pencarian khususnya melibatkan jemaah ijtimak tabligh. Golongan tersebut adalah yang paling ramai disahkan positif koronavirus setakat hari ini sehingga Malaysia mencatatkan hampir 1000 case. Namun bagusnya, sebilangan besar mereka telah memberikan kerjasama apabila berjaya hadir ke pusat rawatan bagi menjalani ujian saringan.
BACA : 10,000 Tabligh Sertai Himpunan Mega, KKM Seru Yang Terlibat Buat Test Covid-19
Tak pasal-pasal yang sihat pun kena virus sekali
Namun terbaru, timbul pula satu masalah lain mengenai jemaah yang sedang dikuarantin di pusat rawatan. Melalui kisah Muhaimin Mazlan yang dikongsikan semula ke Twitter, lelaki tersebut mendedahkan bahawa ayahnya sudah dijangkiti COVID-19 sesudah didatangi oleh sekumpulan tabligh. Lebih membimbangkan, ayahnya sudah terlantar lama kerana menanggung kanser paru-paru. Belum sembuh daripada barah, kini si ayah menghidap virus itu pula.
Kami penat lihat kamu merayau
Menurut penceritaannya lagi, sesetengah jemaah tabligh mula datang melawat daripada katil ke katil menemui patient lain. Maka dalam luahan sedih itu, dia berharap agar tabligh lain lebih peka dan bertanggungjawab dengan keadaan kesihatan mereka. Dia juga berharap semoga hal ini dapat menemui penyelesaian melalui tindakan wajar daripada pihak-pihak tertentu.
Sumber : Twitter Nasir Pasir dan IG Story Muhaimin Mazlan