Viral

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

Sharing is caring!

Meskipun sudah disarankan untuk duduk diam-diam sahaja di rumah sejajar dengan Perintah Kawalan Pergerakan, agak mengecewakan apabila masyarakat masih tenang berlegar di tempat awam. Berkali-kali diingatkan tentang mudarat mendedahkan diri kepada ramai orang pada musim COVID-19, namun semua peringatan yang diberi bagaikan mencurah air di daun keladi.

BACA : [VIDEO] Sunyi Macam Bandar Zombie, Netizen Salute Orang Melaka Bijak Stay Rumah

Sikap degil yang dtunjukkan segelintir masyarakat

Atas sebab itu juga, pihak polis terpaksa membuat rondaan untuk menyuruh orang awam kembali duduk di rumah masing-masing. Bukan itu sahaja, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sendiri dilaporkan bakal turun padang membuat kawalan bersama bermula Ahad ini. Dengan usaha berkenaan, kemungkinan besar suasana lautan manusia seperti yang terjadi di Pulau Pinang ini dapat dibendung sepenuhnya.

Ada yang tak pakai mask…Tiada social distancing

Melalui pantauan melalui pihak Bernama, kebanyakan penduduk di Jalan Air Hitam telah keluar secara bersesak-sesak ke kawasan pekan. Meskipun ramai yang mengenakan pemakaian topeng muka, namun masih ada yang mengabaikan langkah penjagaan itu. Seperti yang kita ketahui, pihak kesihatan juga sudah ‘berbuih mulut’ menyarankan kaedah social distancing iaitu menjaga jarak di antara satu sama lain.

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

Elok guna tentera kepung kawasan tu

Namun dalam rakan berdurasi 17 saat itu, langkah penjagaan jarak ternyata tidak dipatuhi oleh mereka. Bukan sahaja bersesak di atas kenderaan masing-masing, malahan ada yang berjalan dengan tenang secara dekat dengan individu lain bagai tiada apa-apa. Menjengah ke ruangan komen, netizen mula menyuarakan kegusaran selain berharap kawalan daripada pihak ATM dipercepatkan.

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

 

Sumber : Twitter BERNAMA

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Meriah Dengan ‘Lautan Manusia’, Netizen Risau Keadaan Di Pulau Pinang

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram