Viral

Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian

Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian

Sharing is caring!

Keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu membuatkan harga barang semakin melambung saban hari. Bahkan sesetengah keluarga terpaksa bertukar kepada barangan dapur yang kurang berkualiti demi menjimatkan perbelanjaan harian. Bagaikan sukar dipercayai, namun dilema ini mungkin juga dialami anda semua. Salah satu bahan dapur yang sering mendapat permintaan tinggi adalah telur ayam. Bukan sahaja murah, malahan ia boleh dimasak menjadi pelbagai lauk.

BACA : “Lepas Bersalin Tak Boleh Makan Telur Nanti GataI”  Doktor Selar Kenyataan Ini

Kalau jumpa telur pecah jangan beli

Namun jika anda pernah terlihat, telur juga dijual dengan harga tersangat murah dalam bungkusan plastik di mana ia sudah siap dipecahkan. Sekali pandang, telur berkenaan memang nampak bersih dan boleh menjimatkan masa memasak kita di dapur. Malangnya di sebalik semua itu, ada keburukan yang masih dipandang remeh khususnya kepada pembeli tegar telur pecah ini. Pemuda bernama Danial menerusi Twitter sempat berkongsi informasi berkaitan bahan berkenaan.


Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian

Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian
Kredit Foto : Detikcom

Telur pecah ni mengandungi banyak bakteria

Tatkala anda menganggap ia diambil daripada bekalan yang masih elok, sebenarnya ia adalah sisa-sisa telur daripada kerosakan yang berlaku sewaktu proses pemunggahan ke pasaran. Bukan sahaja memberi amaran agar orang ramai tidak membeli telur berkuman tersebut, malahan Danial turut menasihati golongan penjual agar lebih telus dalam perniagaan.

Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian

Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian

Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian
Gambar sekadar hiasan

Menyebabkan keracunan sampai mengancam nyawa

Selain itu juga, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Labuan pernah mendedahkan melalui Sinar Harian bahawa telur jenis ini adalah tidak selamat dimakan. Khususnya buat golongan kanak-kanak serta wanita mengandung, bakterianya boleh menyumbang kepada punca keracunan makanan. Tidak cukup dengan itu, keracunan tersebut boleh melarat sehingga mengancam nyawa. Pilihan sememangnya terletak di tangan sendiri, namun baik buruk sesuatu perkara harus diambil kira demi kesihatan.


Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian
Gambar sekadar hiasan

 

Sumber : Twitter Danial dan Sinar Harian


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Awas Yang Suka Beli Telur Pecah Dalam Plastik, Rupanya Boleh Sebabkan Kematian

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram