Genap 8 minggu berentap di pentas ‘Famili Duo’, akhirnya pasangan duet Yamani Abdillah Dan Zaki Yamani telah berjaya dinobatkan sebagai juara keseluruhan sekaligus berpeluang membawa wang tunai berjumlah RM100,000. Ini sekaligus menyaksikan The Jebats bergelar naib juara, pasangan Bella Astillah dan Wanie Kayrie di tangga ke-3 dan seterusnya Naim serta Sissy Imann memperoleh tempat ke-4.
BACA:Â Terlampau Beremosi, Sissy Imann Akui Kesal Jual Album Sulung Dengan Harga Murah
Sweet betul diaorang ni…Macam tengok teater pun ada
Memilih lagu ‘Sumpah’ untuk segmen pertama semalam, ternyata nyanyian Naim Daniel dan Sissy cukup mempersonakan ramai. Tampil berkonsepkan ala-ala teater, persembahan kreatif mereka berdua turut diserikan dengan penampilan khas bapa kepada penyanyi wanita tersebut.
Nyanyian pun bagus…Semangat itu yang korang kena ada
Jika dilihat sebelum ini Mas Idayu hanya membatu di kerusi juri, namun akhirnya semalam dia kembali aktif memberikan komen terhadap para peserta. Bahkan dia sempat memuji serta akui bahawa persembahan pasangan sepupu yang membawakan lagu nyanyian asal Naim Daniel disifatkan lebih bagus berbanding minggu-minggu sebelum ini.
Mummy ni jujur dalam bekerja…Dah itu style dan cara dia, jadi kena respect
Walaupun Naim dan Sissy hanya mendapat tempat ke-4, namun ramai netizen memuji penampilan hebat mereka semalam. Dalam pada itu, masing-masing turut menyifatkan Mas Idayu seorang yang profesional ketika memberikan kritikan dalam pentas akhir ‘Famili Duo’.
Para netizen turut bersetuju dengan ulasan ringkas Mas Idayu terhadap keseluruhan persembahan hebat daripada pasangan dua tersebut. Selain itu, ada juga yang sempat berikan nasihat buat Sissy Imann supaya lebih bersedia dari segi emosi apabila menerima teguran juri.
Kredit: Instagram TV3 Malaysia Â