Dalam membina hubungan yang erat antara suami isteri, banyak perkara perlu diteliti supaya wujudnya nilai toleransi wujud dan sentiasa berpegang kepada tanggungÂjawab. Namun sejak kebelakangan ini, terlalu banyak kejadian selingkuh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Bayangkan selepas bertahun-tahun susah senang hidup bersama, mereka dihidangkan khabar yang meruntun jiwa tentang partner masing-masing.
BACA:Â Wanita Kecewa BFF Bercinta Dengan Suami Sendiri, Rupanya Kantoi Nikah Di Siam
Anak tak sihat…tapi suami jumpa perempuan kenal di aplikasi jodoh
Baru-baru ini pula, luahan seorang wanita telah mendapat perhatian ramai apabila mendedahkan beberapa perbualan ‘menjengkelkan’ suaminya bersama seorang wanita yang dikenali di sebuah aplikasi mencari jodoh. Terdahulu, lelaki berkenaan didakwa kurang bertanggung jawab kerana lebih mementingkan skandalnya itu daripada melawat anak mereka yang sedang tenat di pusat perubatan.
Tergerak check phone suami…perempuan tu mengaku pernah ‘bersama’
Terang wanita ini lagi, dia mula berasa curiga apabila suaminya menunjukkan perubahan sikap mendadak sejak beberapa bulan lalu. Hinggalah pada suatu hari dia berjaya membongkarkan bukti hubungan mereka menerusi beberapa perbualan serta gambar yang tidak senonoh. Tak cukup dengan itu, hati wanita ini nyata hancur apabila skandal terbabit mengaku bahawa kedua-duanya pernah bermadu asmara.Â
Patutlah rezeki tak pernah cukup…tak boleh terima suami berzina
Pada saat itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini mula menyedari bahawa sebab mengapa rezeki dalam rumah tangga mereka sentiasa tidak mencukupi. Meskipun telah memenuhi segala macam permintaan suaminya, namun lelaki itu masih tergamak melakukan tindakan tak bermoral itu di belakang isterinya. Dalam coretan terakhirnya, wanita ini nekad untuk mengundurkan diri daripada terus dibelenggu dalam perkahwinan yang tidak telus seperti ini.
Sumber: FB Cahaya Hati