Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Keibubapaan

Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas

11th January 2020
in Keibubapaan, Keluarga
Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dengan kewujudan media sosial zaman sekarang semua orang bebas berkongsi rutin harian mereka menerusi platform berkenaan. Saban hari ibu bapa khususnya begitu gemar memuat naik tentang kehidupan seharian anak-anak dengan niat berkongsikan kepada pengikut. Namun tanpa disedari ketagihan memuat naik sebenarnya mengundang risiko lain. Oleh sebab itu ibu bapa harus mengawal segala maklumat yang dikongsikan dan itulah antara nasihat yang diberi oleh seorang bapa setelah anaknya hampir diapa-apakan di hadapan sekolah. 

BACA: Pening Layan Mak Bapak Zaman Kini, Anak Hilang Pensel Warna Minta Cikgu Cari

Ada lelaki menyamar sebagai penjaga

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik oleh saudari Ihsan Zainal, telah berlaku satu kejadian mengejutkan buat mereka sekeluarga. Jelasnya, kejadian itu telah diceritakan oleh si isteri yang datang untuk mengambil anak mereka di sekolah. Sebelumnya pihak sekolah sempat memberitahu terdapat seorang lelaki berpakaian kemas telah datang untuk menjemput pulang kanak-kanak tersebut. 

Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas

Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas
Gambar Sekadar Hiasan

Nasib baik cikgunya mengenali wife aku

Walaupun lelaki itu berjaya menyebut nama kanak-kanak berkenaan selepas beberapa percubaan, namun pihak sekolah yang lebih mengenali ibu bapanya bertindak menggagalkan rancangan tersebut. Kebetulan juga ibu kepada budak berkenaan menyedari perbualan di antara pemuda asing itu bersama guru yang bertugas. Setelah niatnya gagal, lelaki tersebut sempat memberitahu dia kononnya tersilap lokasi sekolah anaknya sebelum beredar pergi.

Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas

Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas
Gambar Sekadar Hiasan

Mak ayah perlu sentiasa alert

Kalau difikirkan, alasan yang diberi adalah sangat tidak munasabah. Menurut Ihsan, dia juga telah memaklumkan kepada guru besar sekolah tersebut sebagai langkah berhati-hati dan pengawasan yang lebih dapat dbuat di sekitar kawasan berkenaan. Dia juga turut sedar, kejadian yang berlaku ini membuka matanya bahawa ibu bapa perlu lebih peka berkali-kali ganda bagi memastikan keselamatan anak-anak. 

Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas

Sumber: Facebook Ihsan Zainal

Tags: anakibu bapakanak-kanakmuridpelajarsekolahwaspada
Next Post
Anak Nyaris ‘Disambar’ Lelaki Menyamar Jadi Penjaga, Bapa Kongsi Detik Cemas

Terkedek-Kedek Sambut Abang Balik Sekolah, 2 Beradik Ini Buat Ramai 'Melting'

Kasut Wanita Selesa & Stylish dengan Insole Pelangi!
Telefon Pintar Terbaik dengan Bateri Tahan Lama & Kamera Hebat!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)