Sejak kebelakangan ini, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman iaitu Kasih Iris Leona dilihat gemar membuat video melalui aplikasi TikTok. Daripada cover dance hingga challenge, gadis berusia 18 tahun berkenaan pasti akan cuba melakukannya. Bahkan, kadangkala Azhar sendiri akan turut serta dalam segelintir video anaknya itu. Walau bagaimanapun, ada pula pihak yang kurang menyenangi kelakuan gadis tersebut dan bertindak menulis komen tidak elok.
BACA:Â [VIDEO] Anak Kantoi ‘Dating’ Dengan Alvin Chong, Ini Reaksi Sharifah Zarina
Hanya manusia biasa, selalu nampak ceria tapi sedih bila ramai yang kecam
Bagaikan tidak lagi mampu menahan perasaan, Leona akhirnya membuka mulut mengenai perkara itu. Menerusi TikTok, gadis berkenaan dilihat menangis dan mengatakan dirinya hanyalah manusia biasa. Meskipun sering kelihatan ceria di laman media sosial, Leona tidak menafikan berasa sedih dan terkilan apabila semakin ramai pula melebih-lebih di ruangan komen dengan kata-kata yang tidak baik.
@leonsmeonss
Benda macam ni yang buat ramai orang stress & depressed… harap Leona kekal kuat & bersabar
Video berdurasi 14 saat tersebut memperoleh lebih 600 tontonan setakat ini sejak dikongsikan semalam. Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat dan mengharapkan Leona supaya terus kuat menghadapi segala rintangan. Sesetengah mereka turut berpendapat komen kecaman seperti itu memang boleh menjadi punca seseorang untuk mengalami tekanan dan depresi.
Sumber: TikTok Leona