Inspirasi

Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM
Rasaflix

Sharing is caring!

Sebelum ini, beberapa usahawan telah menjadi buah mulut masyarakat gara-gara menulis komen seolah-olah mempertikai bantuan kerajaan terhadap golongan B40 di Instagram. Walaupun mereka dikatakan telah memberi penjelasan selanjutnya, tetapi isu berkenaan turut sempat diulas oleh Datuk Rizalman. Malah dalam sedutan IG Live miliknya tempoh hari, beliau bersetuju golongan berpendapatan rendah selayaknya mendapat bantuan terbabit.

BACA: Yang Miskin Terpaksa Makan Ubi Sebab Beras Habis, Si Kaya Masih Nak Cemburu?

Datuk Rizalman patut dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Siapa sangka susulan isu tersebut, pereka fesyen terkenal negara itu tak putus-putus mendapat pujian daripada ramai pihak. Baru-baru ini pula, seorang pengguna laman Twitter bernama @farhuntfadil telah mencadangkan agar beliau dilantik sebagai salah seorang Ahli Lembaga Pengarah UiTM. Selain menyifatkan figura berusia 49 tahun itu telah memperoleh pelbagai kejayaan dalam kariernya, dia turut berkongsi latar belakang Rizalman yang juga merupakan alumni jurusan Seni Lukis dan Seni Reka (Fesyen) dari institusi berkenaan.


Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Tolong lantik individu yang banggakan negara & ada reputasi baik

Selain telah meraih lebih 13 ribu retweets setakat ini, hasil tinjauan di ruangan komen posting itu turut mendapati rata-rata netizen menyokong cadangan berikut. Malah mereka juga berharap pihak pentadbiran universiti awam berkenaan agar dapat mempertimbangkan cadangan ini pada masa akan datang.

Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM


Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM
Kredit foto: BH Online

Sumber: Twitter FarhuntFadilAstro Gempak

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Alumni Berbakat Besar, Netizen Cadang Rizalman Jadi Ahli Lembaga Pengarah UiTM

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram