Viral

“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

Sharing is caring!

Bermula dengan keberanian Black menyuarakan masalah periuk nasi artis sepanjang tempoh berkurung, kini isu berkenaan semakin melarat sehingga mencetuskan pergaduhan di kalangan selebriti tempatan. Selepas mendapat komen negatif daripada pihak netizen, rata-rata mereka tampil memohon maaf dan menyifatkan isu itu dibangkitkan untuk membela nasib pihak lain dalam industri seni.

BACA : Sebalik Mulut Berbisa Zarina Anjoulie, Kawan Lama Bongkar Sikap Sebenarnya

Artis lama dah terduduk atas kerusi roda

Pihak yang dimaksudkan adalah golongan artis veteran dan juga kru produksi. Seperti yang kita ketahui, kebanyakan artis lama semakin berusia dan kesihatan mereka kian merosot. Manakala bagi pekerja belakang tabir pula, ramai juga mula hilang punca pendapatan memandangkan kerja penggambaran filem atau drama terpaksa ditunda. Dalam pada itu, seorang lelaki bernama Isyraq Ariff Zalull Arif yang juga cucu kepada Datuk Jamali Shadat telah membuat satu posting sebak.


“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

Now korang faham kenapa aku bising-bising?

Dalam kapsyen pendek tersebut, dia mendedahkan bahawa pelawak terkenal itu kini semakin uzur. Selain itu, Isyraq sempat menempelak rakan-rakan artis yang tidak pernah mengambil tahu keadaan datuknya walhal sebelum ini, isu mengenai bantuan kepada selebriti veteran begitu digembar-gemburkan kepada umum. Turut terkesan dengan perkongsian berkenaan, Zarina Anjoulie menerusi Instagramnya tidak ketinggalan meluahkan kekesalan.


“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

Jangan libatkan kami dalam self-pity kau

Dalam pada itu, seorang individu belakang tabir juga membuat luahan yang seakan-akan sama dengan saudara Isyraq. Tampil bersuara mewakili kru-kru produksi, dia berharap golongan artis tidak mengheret mereka ke dalam konflik tuntutan bantuan khusus berkenaan.

“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

 

Sumber : Facebook Isyraq Ariff Zalull Ariff, Instagram Zarina Anjoulie, Twitter kaki bebel


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Artis Ni Lama Duduk Atas Wheelchair, Takde 1 Pun Rakan Artis Ambil Tahu”-Cucu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram