Berita Semasa Viral

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

Sharing is caring!

Susulan penularan wabak Covid-19, seluruh dunia sedang mengambil langkah berjaga-jaga termasuklah di lokasi tumpuan umat Islam iaitu kota Makkah dan Madinah. Walaupun tiada sebarang jangkitan dilaporkan lagi, namun lonjakan bilangan penghidap di Asia Barat seperti Kuwait dan Bahrain nyata membimbangkan pihak kerajaan Arab Saudi. Malahan baru-baru ini, tular pula beberapa rakaman yang memaparkan suasana lengang di kawasan tawaf Masjidil Haram.

BACA: Selepas Influenza, Rakyat Malaysia Wajib Alert Tentang Virus Corona Dari China

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

Proses pembersihan giat diadakan…tawaf di kawasan berbumbung

Demi mengelakkan salah faham atau panik dalam kalangan masyarakat, pendakwah bebas iaitu PU Amin tampil mengulas tentang paparan aneh tersebut. Ujarnya, kini sedang berlangsung proses pembersihan yang sangat rapi berikutan fenomena wabak koronavirus. Walaupun kawasan utama dikosongkan, namun proses tawaf masih berlangsung di ruangan berbumbung pula.

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi


“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

Bukan sunyi tiada orang…cuma pintu ke Mataf ditutup sementara

Meskipun keadaan ini sangat jarang berlaku, namun pendakwah berusia 30 tahun ini memaklumkan bahawa ia perlu dilaksanakan demi keselamatan para jemaah yang datang dari seluruh pelosok dunia juga. Mengulas tentang keadaan yang sunyi pula, PU Amin menafikan dakwaan bahawa kawasan untuk menunaikan umrah dan haji itu langsung tiada pengunjung. Sebaliknya, pintu ke Dataran Kaabah atau lebih dikenali sebagai ‘Mataf’ sebenarnya sudah ditutup sementara bagi tujuan terbabit.

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi


Allah datangkan virus sebagai nasihat..

Di hujung posting FB miliknya, PU Amin atau nama sebenarnya Mohamad Amirul Amin Maula Lokman Hakim berharap agar semua umat Islam mengambil iktibar daripada ujian Maha Esa dalam bentuk virus yang mengancam nyawa ini. Di samping meminta kerjasama semua pihak doakan agar musibah ini segera lenyap, dia turut menyeru masyarakat supaya sentiasa menjaga kembali amal ibadat masing-masing.

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

Sumber: FB PU Amin


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Allah Datangkan Virus Sebagai Nasihat” – PU Amin Ulas Punca Ruang Tawaf Sepi

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram