Seringkali kita mendengar pelbagai keperitan individu yang menghidap kanser yang berasa tertekan mengenangkan nasib diri. Malah ada juga yang lebih memilih untuk menyendiri dan enggan bergaul dengan masyarakat. Namun, lain pula kisahnya mengenai pemuda yang dikenali sebagai Asuri Asri Yusof yang nyata tidak boleh duduk diam seperti penghidap-penghidap kanser lain apabila dia menyertai maraton untuk keluar daripada kesedihan selepas terlantar beberapa bulan.
BACA : “Kurang Saingan, Tak Ramai Kejar” – Ini 8 Sebab Lelaki Pilih Wanita Lebih Tua
Jalani rawatan kimoterapi & radioterapi..berat badan turun
Menerusi posting terbaru di akaun Facebook miliknya, Asuri mendedahkan berat badannya turun mendadak sewaktu terlantar selama 9 bulan dek kerana keperitan menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi. Malah dia hanya bergantung pada tiub di hidung untuk minum selama 2 bulan dan tidak boleh makan langsung.
Masuk acara maraton 42km buat pertama kali dalam hidup
Namun, dia mengambil keputusan untuk mendaftar secara atas talian acara maraton terbesar di Malaysia ketika sedang menunggu rawatan susulan dengan pakar telinga, hidung dan tekak di pusat perubatan Ampang. Asri mahu menebus kembali niatnya yang terpaksa dibatalkan kerana baru lepas menjalani operation pada waktu itu.
Harap acara larian tak dibatalkan akibat jerebu
Dia mula berlari sedikit demi sedikit dengan berbekalkan botol air di tangan untuk mengelakkan mulut kering mengikut jarak tertentu. Namun, dia terpaksa berhenti melakukan segala aktiviti luar ketika negara dilanda jerebu terutama sekali dirinya sebagai seorang penghidap kanser.
Buat aktiviti ringan, nervous hampir 2 tahun tak masuk acara larian
Disebabkan itu, dia memilih untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang ringan. Malah Asri memberitahu rakan rapatnya yang turut menyertai acara maraton ini bahawa dia berasa gementar kerana sudah 2 tahun tanpa membuat sebarang aktiviti larian. Namun, dia bersyukur kerana mendapat rakan-rakan yang selalu memberikan sokongan dan menemaninya sehingga tamat acara tersebut.
Target habis dalam 6 jam 30 minit, tapi..
Jelasnya lagi, pada mulanya Asri meletakkan sasaran untuk menghabiskan larian dalam tempoh masa 6 jam 30 minit. Tetapi berkat sokongan rakan-rakan dan isterinya, dia berjaya menghabiskan larian dengan lebih awal.
Aku ambil semangat abang juga merupakan pejuang kanser
Tambahnya, dia turut mengambil semangat abangnya yang juga merupakan seorang pejuang kanser meskipun sudah ‘pergi’ sejak 8 tahun lalu. Dalam pada itu, Asri mendoakan agar sesiapa yang mengalami pelbagai masalah kesihatan agar sentiasa cekal dan positif untuk menempuhi ujian mendatang.
Sumber : FB Asuri Asri Yusof