Artis Hiburan

Aksi K-Pop Dipuji Comel, W.A.R.I.S. Tak Pernah Terbayang Menari Guna High Heels

Sejak ditayangkan pada hujung tahun lalu, pertandingan realiti TV terbaru iaitu ‘Dansa Dan Sing’ nyata semakin menjadi bualan hangat terutamanya netizen di media sosial. Selain menampilkan gandingan Sherry Alhadad bersama Hady Mirza sebagai pengacara buat kali pertama, tahap persaingan yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan juga sangat tinggi. Memasuki minggu ke-5, persembahan unik W.A.R.I.S dan troopers Alamak telah menjadi tular serta mendapat sambutan hangat pada malam tadi.

BACA: [VIDEO] Semua Semangat Menari Tapi Aksi Budak Paling Hujung Buat Ramai Terhibur

Pilih lagu K-Pop, Nobody…seluruh dewan gamat dengan sorakan penonton

Siapa sangka, percaturan berani untuk mengetengahkan lagu Nobody yang dipopularkan oleh Wonder Girls telah membuahkan hasil apabila mereka berlima mendapat standing ovation daripada juri dan para penonton di Dewan MBSA. Di samping mengubah arrangement lagu tersebut, koreografi dan semangat padu yang ditampilkan oleh kumpulan ini nyata telah mengejutkan semua pihak.

Advertisement

Tak pernah seumur hidup perform macam ni..

Dalam satu temu bual eksklusif di belakang pentas, penyanyi rap kelahiran Rembau, Negeri Sembilan itu mendedahkan bahawa dia tidak pernah langsung terlintas untuk melakukan persembahan sedemikian rupa. Walau bagaimanapun, W.A.R.I.S bersetuju untuk mengikuti cadangan rakan-rakan lain atas dasar mereka telah banyak membantunya sepanjang pertandingan ini. Sebagai langkah persiapan, dia membiasakan diri untuk memakai kasut tumit tinggi selama 5 hari termasuklah sewaktu berlatih dan menghafal tarian koreografi.

View this post on Instagram

Advertisement

Kena menari minggu ni PAKAI ni? Korang rasa? Jangan bahan lebih2 eh 😂 👇👇👇👇👇👇👇

A post shared by W.A.R.I.S | Booking 0125357769 (@warisn9) on

Advertisement

Percaturan menjadi…raih tempat kedua mingguan

Secara keseluruhannya W.A.R.I.S & Alamak berjaya meraih tempat kedua dalam carta mingguan dengan kutipan markah 89.87%, beza satu markah saja di belakang Chubb-E & Zeppo Youngsterz untuk tema ‘Trademark’ kali ini. Selain itu, pihak produksi turut melakukan kejutan di saat-saat akhir apabila tiada sebarang penyingkiran dibuat sekali gus menyaksikan Arja & The Pirates yang mendapat markah terendah selamat untuk terus beraksi di pentas ‘Dansa Dan Sing’.

View this post on Instagram

Advertisement

ZOOM IN DULU Macamna tadi gais? #dansadansing2020 #wonderbois #nobody Pls vote!!! Ada lagi sejam je!!

A post shared by W.A.R.I.S | Booking 0125357769 (@warisn9) on

Advertisement

Sumber: IG officialriax, dansadansing & warisn9

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram