Cinta & Perhubungan Viral

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

Sharing is caring!

Sejak semalam, media sosial telah dikejutkan dengan luahan seorang wanita apabila suaminya dirampas oleh rakan baik yang sudah dianggap bagaikan adik sendiri. Malah, rakannya itu juga merupakan seorang usahawan kuih bulan yang pernah viral sebelum ini gara-gara mengalami fizikal iaitu Yaya Mooncake. Ujar ibu kepada 3 cahaya mata itu lagi, dia turut mempunyai bukti kukuh tentang perkahwinan antara mereka berdua.

BACA: Wanita Kecewa BFF Bercinta Dengan Suami Sendiri, Rupanya Kantoi Nikah Di Siam

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

“Kami masih lagi suami isteri yang sah”

Namun baru-baru ini pula, suami kepada Hanna iaitu Baa Azhar telah tampil bagi menerangkan situasi sebenar yang berlaku antara mereka bertiga. Ujarnya, mereka berdua masih lagi bergelar suami isteri yang sah dan tidak pernah langsung mengabaikan tanggungjawab nafkah terhadap keluarganya. Dia turut menafikan dakwaan pernah memukul Hanna seperti yang didakwa sebelum ini.

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut


“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

Pernah taruh harapan pada Yaya lepas lihat keakraban bersama

Mengenai gadis berusia 23 tahun itu pula, Baa mengakui bahawa dia pernah terdetik hati untuk memperisterikan Yaya setelah sekian lama berurusan dengannya. Kata lelaki ini lagi, perasaan itu timbul apabila Yaya dan isterinya sering dilihat akrab melakukan pelbagai aktiviti bersama-sama. Malah dia juga nampak keikhlasan Yaya dalam bantu mengembangkan lagi urusan perniagaannya.

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut


Pernah minta izin bermadu…tapi tak dibenarkan oleh isteri

Akan tetapi, niat murninya untuk menjadikan Yaya sebagai isteri kedua tidak direstui oleh Hanna. Dedah Baa Azhar, permintaannya dihalang atas beberapa faktor peribadi termasuklah hasutan daripada orang di sekeliling mereka berdua. Meskipun begitu, lelaki ini tetap menjelaskan bahawa dia dan Yaya tidak pernah bernikah langsung sekali gus menafikan dakwaan yang hangat tular semalam. Di hujung coretannya, dia turut memohon maaf atas segala salah faham yang berlaku selain menyeru semua pihak agar berhenti membuat sebarang spekulasi tentang isu antara mereka bertiga.

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

Sumber: FB Baa Azhar


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Saya Ada Minta Izin Memperisterikan Yaya, Tapi..” – Giliran Suami Buka Mulut

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram