Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh

31st March 2023
in Artis, Keluarga, Viral
Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh
1.1k
SHARES
6.1k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Isu berkenaan dengan kemelut rumah tangga pasangan selebriti tanah air tidaklah menjadi satu perkara yang asing lagi. Selepas Syamsul Yusof dan Farid Kamil, Afiq Muiz pula kini menjadi tumpuan apabila isterinya iaitu Pachara Apin telah menuntut fasakh dimahkamah baru-baru ini selepas permohonan cerai secara baik tidak diberikan kerjasama. Masalah rumah tangga pasangan itu dilihat menjadi semakin serius apabila mereka saling berbalah dengan melemparkan dakwaan di akaun media sosial masing-masing.

BACA: Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

Kalau baik tak apa.. Ni macam iblis

Berang apabila mendapat kecaman daripada rata-rata netizen berhubung sikapnya yang tidak mahu melafazkan talak, Afiq dipercayai telah melemparkan sebuah komen berbau amarah dengan menyatakan perangai sebenar isteri. Menurutnya, Pachara bukanlah seorang wanita yang bersikap baik. Malah dia  gemar meneguk minuman keras dan seringkali keluar bersama lelaki sehingga pulang ke rumah lewat 3 pagi. Tidak tahan dengan tohmahan yang diberikan, dia yang digelar lelaki dayus itu turut menzahirkan rasa kesalnya dengan kerap kali membalas kata-kata netizen di bahagian komen.

Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh

Tak guna juga bercakap tanpa bukti

Menerusi laman Instagram Afiq Muiz sendiri, dia dipercayai telah memuat naik beberapa keping gambar yang menunjukkan paparan skrin antara perbualan isteri dan beberapa orang lelaki. Melalui perkongsian itu, dia turut memberi kenyataan berkenaan tuduhan yang dilemparkan kepadanya dengan menjelaskan perbuatan Pachara adalah disengajakan kerana berniat untuk memburukkan reputasi.

“Sedar la sendiri diri tu… Tak payah beria jaja cerita aku aniaya kau.. Sudah-sudah la tu cerita dongeng kau”.

Malah, pelakon lelaki itu juga meminta isterinya untuk sedar diri dan berhenti menjaja cerita berkenaan dengan isu memukul. Afiq yang dihimpit rasa terkilan sempat menulis pada ruangan kapsyen dengan menyatakan bahawa isterinya merupakan individu yang memadam rasa cinta dia terhadap pasangan.

Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh

Adik Afiq tepis dakwaan kakak ipar

Menjengah ke ruangan komen, adik kepada Afiq Muiz iaitu Siraj Azman turut sama meluahkan rasa geram kepada kakak iparnya dengan memberikan beberapa kenyataan mengenai sikap sebenar wanita itu.  Dakwaan Pachara yang memberi tahu telah menanggung Afiq Muiz kerana hanya mahu bermain permainan video telah disangkal dengan tegas oleh adik pelakon lelaki tersebut. Ujarnya, dia dianggap tidak sanggup untuk hidup susah senang bersama abang ketika tidak ditawarkan berlakon beberapa bulan semasa PKP. Bukan itu sahaja, Siraj turut memaklumkan bahawa Afiq telah melakukan pelbagai perkara sehingga sanggup menghabiskan duit simpanan semata-mata untuk menampung kos pembelajaran isteri.

Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh

 

 

Kredit: Instagram Afiq Muiz

Tags: Afiq MuizbukticeraicurangPachara

Related Posts

Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh
Artis

“Saya Dihamilkan Oleh Seorang Artis Malaysia & Dia Paksa Gugurkan Kandungan”

7th June 2023
Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Next Post
Berang Ramai Pertahankan Isteri, Afiq Dedahkan Bukti Mesej Pachara Selingkuh

"Baby Shark Do Doo" - Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)