Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik

7th April 2020
in Berita Semasa
585
SHARES
3.2k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Memasuki hari ke-21 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tak dinafikan bahawa laporan perkembangan semasa mengenai penularan COVID-19 daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sering dinantikan oleh seluruh masyarakat. Menerusi laporan rasmi yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi, difahamkan jumlah kumulatif positif wabak tersebut hampir mencecah angka 4 ribu manakala angka kematian pula kini telah meningkat sebanyak 63 individu.

BACA: Tiada Kontak Pun Boleh Dijangkiti, Malaysia Catat ‘Sporadic’ Pertama Covid-19

#COVID19Malaysia Status terkini sehingga 12pm, 7 April 2020.

Kes baharu 170
Keseluruhan 3,963

Kes discaj terbaharu 80
Keseluruhan 1,321 (33.33%)

Kematian terbaharu 1 kes
Keseluruhan 63 kes (1.6%) pic.twitter.com/c9R8sAwWjZ

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 7, 2020

KKM berjaya kenal pasti 4 kluster terbesar COVID-19

Menerusi perkembangan yang dimuat naik ke laman sosial rasminya pula, KKM memaklumkan bahawa terdapat 4 jenis kluster terbesar yang menyumbang kepada peningkatan jumlah individu dijangkiti koronavovirus setakat ini. Senarai itu didahului oleh perhimpunan tabligh di Seri Petaling pada hujung Februari lalu iaitu sebanyak 42% daripada angka keseluruhan. Manakala bakinya pula terdiri daripada kluster penduduk di Kuching yang mempunyai sejarah perjalanan ke Itali, perhimpunan keagamaan di daerah sama dan juga majlis perkahwinan di Bangi yang dikatakan telah membentuk jangkitan sehingga generasi kelima.

#COVID19Malaysia Empat kes kluster terbesar yang telah dikenal pasti setakat ini ialah:

1. Perhimpunan keagamaan di Seri Petaling (42%)

2. Individu dgn sejarah perjalanan ke Itali (Kuching)

3. Perhimpunan keagamaan di Kuching

4. Majlis perkahwinan di Bandar Baru Bangi.

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 7, 2020

4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik

7% berada tahap 3 dan 4.

3. Tahap 3 ialah positif dgn radang paru-paru tapi tidak perlukan bantuan alat pernafasan.

4. Tahap 4 ialah positif dgn
radang paru-paru dan perlukan bantuan alat pernafasan.

5% tahap kelima

5. Sesak nafas dan perlukan bantuan alat pernafasan.

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 7, 2020

69 jangkitan ‘sporadik’ masih tak diketahui punca

Dalam pada itu, hasil siasatan KKM turut mendapati bahawa 69 rekod positif COVID-19 di negara ini diklasifikasikan sebagai ‘sporadik’ atau langsung tidak diketahui dari mana punca jangkitan berlaku. Oleh sebab itu, kesemua petugas kesihatan awam dan swasta disyorkankan agar mengambil langkah berjaga-jaga seperti sentiasa memakai peralatan perlindungan peribadi (PPE) yang lengkap apabila merawat semua orang yang hadir ke klinik mahupun pusat perubatan awam.

Justeru, KKM menasihatkan petugas kesihatan awam dan swasta memakai PPE apabila merawat pesakit SARI di ICU atau membuat saringan di klinik atau hospital. – @DGHisham

— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) April 7, 2020

4 Kluster Terbesar COVID-19 Dikenal Pasti KKM, 69 Jangkitan Pula Jenis Sporadik

Sumber: Twitter KKMPutrajaya

Tags: covid 19jangkitankenal pastiKKMkluster

Related Posts

Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Berita Semasa

Tangan Merayap Dicelah ‘Seat’ Wanita, Lelaki Dalam Bas Diberi Amaran

5th May 2023
Berita Semasa

“Aku Padam Kak”- Lelaki Usia 20 Tahun Tertangkap Mengintai Di Tandas Awam

4th May 2023
Artis

Rosyam Nor Timang Cucu Kelima, Syukur Dapat ‘Anugerah’ Comel Di Bulan Ramadhan

10th April 2023
Artis

“Baby Shark Do Doo” – Ali Puteh Syukur Ramai Sokong Beli Baju Tidur Kanak-Kanak

31st March 2023
Next Post

"Sedih Gila..."-Budak U Merungut Standard Makanan PKP, Si Pemberi Akui Menyirap

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)