Cinta & Perhubungan

13 Tahun ‘Cinta Monyet’, Wanita Tak Sangka Bersuamikan Best Friend Sendiri

Zaman persekolahan adalah antara detik yang paling menyeronokkan buat setiap individu apabila dapat menghabiskan masa bersama rakan-rakan. Di waktu ini, pasti ada yang mula berteman rapat lebih daripada seorang kawan. Walau bagaimanapun, siapa yang dapat menyangka ‘cinta monyet’ ketika masih bersekolah bakal menjadi peneman hidup untuk selamanya. Benarlah urusan jodoh itu rahsia Allah. 

BACA: Pernah Satu Sekolah; Mesej Di IG Story, Couple Muda Ini Ke Jinjang Pelamin

Siapa tak happy dapat kahwin dengan best friend?

Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh seorang jurugambar iaitu Aizat Mustafa, sepasang pengantin dirakam sangat bahagia di hari perkahwinan mereka. Mereka berdua dipercayai sudah berkenalan sejak 13 tahun lalu. Dalam satu temubual esklusif bersama pihak Erin Sakura, pengantin perempuan yang bernama Farah Izzaty menjelaskan perkenalannya dan juga suami iaitu Oryza Mokhtar bermula sewaktu mereka masih di Tingkatan 3. 

Advertisement

Saya berkenalan dengan suami  dekat sekolah menengah, masa tingkatan 3. Saya pelajar baru masa tu

Boleh dikatakan membesar bersama-sama

Walau bagaimanapun, dia sama sekali tidak menyangka hubungan rapat bersama pemuda tersebut akhirnya membawa mereka ke jinjang pelamin. Katanya lagi, mereka mulai rapat apabila masing-masing menunjukkan minat yang sama dalam bidang pengurusan majlis. Hubungan yang dahulunya hanya digelar sebagai ‘cinta monyet’ seterusnya bertukar kepada ‘cinta jarak jauh’ apabila kedua-duanya melanjutkan pelajaran di lokasi berbeza. 

kami boleh dikatakan membesar bersama. walaupun bercinta 13 tahun, tapi kami selalu jauh. jumpa bila cuti sahaja. dah kahwin ni masih lagi pjj

Advertisement

‘Cinta Monyet’ akhirnya ke jinjang pelamin

Kedua-dua merpati dua sejoli ini akhirnya melangsungkan perkahwinan pada 20 Disember tahun lalu selepas mengikat tali pertunangan selama setahun. Majlis penuh bahagia tersebut turut diserikan dengan kehadiran sahabat handai dan juga keluarga bertempat di Jitra, Kedah. 

Advertisement

Sumber: Instagram Farah & Twitter Aizat Mustafa

Advertisement
Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram