Apabila diuji dengan pemergian insan yang kita kasihi, tak dinafikan bahawa sebahagian daripada dirinya turut hilang sekali. Itulah gambaran yang dirasai oleh seluruh ahli keluarga dan sahabat handai pelawak terkenal Abam Bocey sejak Isnin lalu. Selaku wanita yang telah mengandung dan mencurahkan anak dengan sepenuh kasih sayang, berita yang tak disangka-sangka itu pastinya memberikan tamparan hebat terhadap hati ibunya, iaitu Sabariah Arshad.
BACA:Â [VIDEO] “Anak Tu Tak Sempat Kenal Bapa Dia” – Jihan Muse Insafi Pemergian Abam
“Dia sabar dengan saya, jaga saya baik-baik..”
Menerusi satu coretan panjang di laman Facebook milik lelaki bernama Khairul Hakimin Muhammad baru-baru ini, dia meluahkan rasa terharu kepada Allahyarham kerana telah menjadi seorang anak yang hebat berjasa kepada ibu tercinta sepanjang hayatnya. Masakan tidak, warga emas itu tidak putus-putus memuji sikap Abam yang sentiasa menjaga kebajikan semua ahli keluarga termasuk dirinya.
Walau rumit nak jaga…syurga anak lelaki di bawah tapak kaki ibu
Meskipun tugas pelawak adalah untuk sentiasa menceriakan orang ramai, namun Abam tidak pernah lupa untuk membalas jasa bonda tercinta dengan layanan anak soleh. Walaupun dia tidak pernah mempamerkan perkara itu di mana-mana laman sosial atau portal berita, namun perkara itu sekali gus menunjukkan bahawa ahli kumpulan Bocey itu ikhlas melakukan tanggungjawab tersebut.
Lihat bagaimana seorang ibu hulurkan kunci syurga kepada anaknya..
Mengambil iktibar daripada kisah hidup permata dalam industri lawak tanah air berkenaan, Khairul menggambarkan bahawa si ibu telah berjaya mendidik Abam supaya menjadi insan yang patut dicontohi ramai. Hakikatnya, itulah kejayaan terbesar bagi mana-mana wanita yang memegang gelaran mulia tersebut. Di hujung coretannya, dia sekali lagi menitipkan doa dan ucapan takziah kepada ahli keluarga Abam Bocey.
Sumber: FB Khairul Hakimin Muhammad & IG abpbh_32