Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah yang dialami oleh Puan Saidah Malihah. Tatkala insan lain menyambut kehadiran Hari Raya Aidiladha dengan penuh senyuman, beliau diuji dengan pengorbanan terbesar bagi seorang ibu. Tatkala takbir raya bergema, anak sulungnya telah pergi bertemu Ilahi. Tepat sehari sebelum menyambut ulang tahun ke-5. Masih merindui pemergian anak solehnya, ibu ini mencoret kenangan terakhir bersama anaknya itu di Facebook miliknya.
BACA:[VIDEO] Gara-Gara Prank Kakak, 2 Beradik Ini Nyaris Pergi Sekolah Waktu Malam!
Mimpi ada tangan yg menulis nama tu
Menurut Puan Saidah, beberapa hari sebelum pemergian anaknya, suami dan anaknya mempunyai mimpi yang agak aneh.
Sekejap lagi Sayyid sampai, tak jauh dah.
Sehari sebelum Aidiladha, iaitu pada hari Sabtu yang lalu Sayyid kelihatan terlalu lemah. Ibunya seakan dapat mengagak sesuatu bakal terjadi.
Genggaman tangan Sayyid makin lemah
Pemergian Sayyid amat meningg@lkan kesan yang mendalam buat keluarganya. Walaupun pedih, si ibu tabah dalam menerima pemergian si anak.
Mami senyum sebab mami gembira Sayyid pergi di hari yang baik.
Di hujung kalam, Puan Saidah menitipkan pesanan buat dirinya serta ibu-ibu yang diuji sama sepertinya untuk redha menerima suratan takdir. Beliau percaya dan yakin, walaupun Sayyid sudah tiada di sisinya, anaknya itu kini sudah bahagia di alam abadi.
Redha lah kerana anak kita akan menjadi saham akhirat kita
Sumber: Saidah Malihah