Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum

12th January 2023
in Viral
[VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum
616
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Ibadat solat merupakan kewajipan buat umat islam namun, manusia tidak pernah lari dari kelalaian. Video yang dirakam oleh seorang pengguna Tiktok @sallsbllan walaubagaimanapun menginsafkan netizen. Ternyata diuji dengan kesusahan bukanlah alasan untuk tidak menunaikan solat 5 waktu, hal ini dibuktikan dengan kehadiran anak kecil ini yang meruntun hati netizen.

BACA : Puteri Sarah Dah Bagi ‘Greenlight’ Model Jadi Isteri Ketiga Syamsul Yusof

Dalam kapsyennya, pengguna tiktok tersebut menjelaskan video tersebut diambil pada November tahun lepas di depan kampusnya. Ketika dia duduk bersembang bersama rakan-rakannya sementara menunggu dijemput pulang, dia hanya merakam video tersebut kerana tertanya-tanya dengan tingkahlaku dua beranak itu. Namun, dia baru berkesempatan melihat semula rakaman video itu dan berasa tersentuh melihat perbuatan kanak-kanak itu.

https://www.tiktok.com/@sallsbllann/video/7186715533297896730?_r=1&_t=8YxUEQBST21&is_from_webapp=v1&item_id=7186715533297896730

Video berdurasi 25 saat itu memaparkan kanak-kanak perempuan tetap menunaikan solat di tepi jalan bersama ayahnya yang sedang menggulung benang. Paling menginsafkan apabila kanak-kanak itu hanya bertelekungkan plastik biru untuk menutup auratnya.

[VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum

Pengguna tiktok yang dikenali sebagai Sal menjelaskan bahawa perbuatan adik itu membuatkan dia terkedu kerana dia sendiri mengakui solatnya sendiri masih banyak perlu diperbetulkan. Selain itu, dia menangis melihat mereka menjalani kehidupan tanpa rasa malu malah bahagia dengan kesederhanaan seperti itu.

[VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum

Menjengah ke ruang komen, netizen melahirkan rasa terharu dan insaf melihat rakaman video tersebut. Masing-masing mendoakan agar keluarga kecil itu diberikan rezeki yang melimpah-ruah dan berharap mereka dapat dibantu oleh pihak berkenaan.

[VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum

Sumber : Tiktok @sallsbllan

Tags: adikayahinsafkanak-kanakperempuansolatsusahVideo
Next Post
[VIDEO]Bertelekung Plastik Waktu Solat Di Tepi Jalan, Adik Ini Buat Ramai Kagum

46 Tahun Hidup Azad ‘First Time’ Makan Durian, Eira Tak Puas Hati

Abaya 4in1 Elegan dengan Material Chiffon Aliran
Pembersih Noda Mudah Alih untuk Karpet & Sofa

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)