Perkahwinan jarak jauh (PJJ) tidak semudah disangkakan kerana kepercayaan, kesetiaan dan kesabaran sangat dituntut dalam diri masing-masing. Tambahan lagi jika suami atau isteri terikat dengan kerjaya. Bagi isteri, mungkin mudah baginya dalam menguruskan segala hal. Di sebaliknya pula, agak payah pula untuk anak-anak terutamanya yang masih kecil kerana perlu menangggung rindu berpanjangan.
BACA: [VIDEO] Tak Perasan Ular Depan Mata, Pekerja Offshore Kalut Elak Ke Belakang
Tak berkedip mata anak, siap tersengeh lagi tatap wajah ayah…bertugas di Offshore terpaksa berpisah buat sementara
Menerusi TikTok @adlinnadia, dia telah memuat naik satu video menunjukkan anak dan suami yang akhirnya bertemu selepas sebulan terpisah jauh. Memenuhi komitmen sebagai pekerja offshore, suami isteri ini terpaksa melalui PJJ meskipun itu bukan hal yang mudah. Mengundang sebak lagi apabila anak lelakinya tak berhenti menatap muka serta mendakap erat ayahnya. Suaminya juga kelihatan menahan air mata menyaksikan reaksi ‘si comel’ tersebut.
@dradlinnadia Kat sini ada tak duduk PJJ dengan suami juga ? Komen kata2 semangat ❤️ #masteradlinnadia #diary #marriedcouple #muslimcouple #islam #fyp
Abah balik kerja lewat pun rasa nak nangis…hubungan PJJ ni memang sukar…semoga dipermudahkan segala urusan
Video berdurasi 22 saat ini telah meraih 40 ribu tontonan. Rata-rata netizen berasa sedih dan faham akan perasaan rindu tak tertahan kerana ada juga yang mengalami situasi sama. Menghayat hati lagi, mereka meluahkan rasa keinginan berjumpa dengan suami atau isteri selepas bertahun-tahun berpisah. Mereka turut menitipkan doa serta kata-kata semangat agar keluarga kecil ni terus kuat menghadapinya.
Sumber: TikTok Adlinnadia