Tidak cukup pada minggu lalu, semalam Naqiu Boboy sekali lagi memberikan persembahan mantap di pentas Gegar Vaganza 2019. Tampil mencabar diri dalam tema ‘Cari Makan’, penyanyi berusia 33 tahun ini telah mendendangkan lagu berjudul ‘Meraung’. Seperti yang diketahui ramai, lagu ‘tangkap leleh’ tersebut adalah salah satu lagu daripada kumpulan New Boyz yang popular sekitar 2001 dahulu.
BACA : [VIDEO] Fashion Rambut Tak Kena, Cara Naqiu Jawab Kritikan Sangat Dipuji Ramai
Semoga dipermudahkan segala
Menjengah ke Instagram Tomok sendiri, dia ada memuat naik sebuah video sejak beberapa hari lalu dan mengucapkan selamat maju jaya kepada Naqiu yang akan membawa lagunya itu.
“Orang gila saja yang menyanyi seperti ini…”-Datuk Ramli MS
Terdahulu menerusi temu bual bersama F8Buzz, Naqiu pernah mengakui bahawa dia sedikit gementar untuk membawakan lagu nyanyian Tomok itu. Namun begitu, siapa menyangka segala usaha yang dicurahkan seolah-olah membawa ‘tuah besar’ apabila dia menerima tepukan gemuruh daripada juri dan penonton pada malam tersebut.
https://www.youtube.com/watch?v=wzw9lX65PBs&feature=youtu.be
Dengan ekspresi muka penuh perasaan beserta raungan vokal serak basah, Naqiu mendapat respon positif daripada barisan juri. Selepas tahap penghayatan lagu mendapat pujian, dia sempat juga meminta Datuk Ramli MS untuk memberikan sedikit komen terhadap nyanyian ‘Meraung’ tersebut.
Setiap minggu terbaik…Tak pernah mengecewakan
Tidak sekadar mendapat markah tertinggi iaitu 81 peratus berbanding peserta lain, dia terus dihujani pelbagai komen dan ada juga yang berseloroh kononnya mereka sudah melihat gelaran ‘Juara Gegar Vaganza 2019’ bakal digenggam oleh vokalis Boboy ini.
Sumber : Youtube Jack Egualnado dan Instagram Tomok, Kredit Foto Ria X