Terus mencatatkan peningkatan khususnya di negara China, coronavirus telah mengorbankan ribuan nyawa sekali gus mencetuskan kebimbangan masyarakat dunia. Bukan sahaja orang awam yang menanggung mudaratnya, malahan petugas kesihatan adalah insan paling terjejas dalam misi merawat semua penghidap wabak berkenaan. Demi memastikan kesihatan orang awam kembali seperti biasa, ada yang terpaksa melupakan keluarga dan berkhidmat tanpa henti sehingga ke hari ini.
BACA :Â Jepun Siap Puji Melambung, Inilah Isu Korona Di Malaysia Yang Ramai Tak Alert
Van nak hantar jasad pergi, suami kejar
Lebih meruntun jiwa, terdapat beberapa orang staf kesihatan yang terkorban kerana dijangkiti wabak tersebut saat cuba memberikan rawatan. Dalam pada itu, sebuah rakaman berdurasi 15 sudah viral menunjukkan detik perpisahan penuh duka di antara sepasang suami isteri. Menurut sumber itu lagi, jururawat wanita bernama Cai Liping tersebut tidak dapat diselamatkan dan berita itu mengejutkan suaminya.
https://twitter.com/YTianDJY/status/1230280700408061952
Bekerja di pusat kesihatan sama
Difahamkan lagi, mereka dikatakan bekerja di pusat kesihatan yang sama. Saat jasad si isteri sudah berada dalam van untuk dibawa pergi, suaminya yang juga bergelar doktor mula meraung sambil ditahan oleh seorang lagi individu. Meskipun kenderaan itu sudah bergerak, namun dia memegang pintu belakang sebelum mula mengejar.
Sedihnya tengok benda ni…Sangat-sangat sedih
Sejak dikongsikan pada pagi tadi, rakaman pendek itu sudah meraih puluhan ribu tontonan daripada netizen. Rata-ratanya meluahkan rasa sayu dengan adegan penuh duka tersebut. Selain berharap semua pekerja kesihatan di sana dipermudahkan urusan, mereka juga menyifatkan penyebaran wabak ini seakan masih sukar dipercayai.
Sumber : Twitter Tian Yuan