Sebelum ini, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) secara rasminya mengisytihar wabak COVID-19 selaku krisis global terburuk sejak Perang Dunia Kedua pada abad ini. Sambil memberi amaran bahawa nyawa manusia boleh terancam, pandemik itu juga berupaya mengakibatkan kemelesetan ekonomi yang dahsyat di seluruh dunia.
BACA:Â Catat Kematian Tinggi, Itali Bakal Sekat Hak Rawatan Warga Emas Hidap COVID-19
30 ribu gelen susu terpaksa dibuang setiap hari
Jika musibah ini menganggu sumber rezeki para pekebun kecil di Malaysia, lain pula ujian yang sedang menimpa wilayah Wisconsin, Amerika Syarikat. Menurut laporan portal TMJ4 News, beberapa pengusaha produk tenusu di sana terpaksa membuang 25,000 hingga 30,000 gelen susu setiap hari gara-gara situasi lebihan bekalan dalam pasaran dunia.
“Kami sudah lakukan sehabis baik bagi mengekang masalah ini. Tapi kadar permintaan makin menjunam apabila beratus ribu restoran, sekolah dan juga universiti diarah tutup susulan penangan wabak COVID-19,” luah wakil salah sebuah syarikat pemakanan tenusu tempatan.
What a waste! #COVID19Pandemic is forcing Dairy farmers to dump their milk down the drain so the milk market doesn’t implode. Why not give it away to those who need it? We’ll get to the bottom of it at 6:00. pic.twitter.com/ZXp2uSjWQa
— Shaun Gallagher (@WRALShaun) April 2, 2020
Bukan tak mahu edarkan secara percuma…tapi tak boleh
Langkah itu walau bagaimanapun dipertikai oleh beberapa pihak yang menganggap pembaziran boleh dielak menerusi pengedaran susu secara percuma kepada komuniti yang kurang berkemampuan. Mengulas tentang perkara itu, para peniaga mendedahkan langkah sebegitu hanya melingkupkan lagi industri tenusu secara keseluruhan.
“Kami sudah memujuk pihak berwajib untuk membeli susu sebelum disedekahkan kepada masyarakat yang susah. Dengan cara tersebut, kami masih boleh menyumbang balik modal kepada para petani yang bekerja dalam sektor ini. Kesemua lembu yang terlibat juga tidak boleh disuruh berhenti hasilkan susu begitu sahaja. Situasi kami tidak sama dengan industri pembuatan yang boleh hentikan pengeluaran barang setiap kali tiada permintaan.”
Sumber: Twitter ShaunGalNews & TMJ4 News