Selain menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika bertutur, memberikan hadiah kepada isteri juga menjadi salah satu cara untuk mengeratkan hubungan rumah tangga. Kalau bercakap tentang pemberian hadiah juga, kebanyakan suami gemar membuat surprise untuk mengejutkan isteri mereka. Namun bagi seorang suami ini, niatnya menghadiahkan sebuah telefon bimbit kepada isteri turut disulami dengan prank yang sungguh lucu.
BACA :Â Bukan Main Gigih Buat TikTok, Gadis Tak Sedar Member Pakat Prank Tepi Jalan
Ingatkan dapat phone rupanya nasi goreng kampung je
Video berdurasi 31 saat yang merakamkan detik indah tersebut mula dikongsikan semula ke media Twitter sehingga menjadi viral. Mulanya si isteri sedang duduk di hadapan meja cermin sambil memakai baju merah dengan solekan anggun. Senyumannya bertukar sugul tatkala si suami menerjah sambil menghulurkan sekotak hadiah misteri yang dikatakan cuma berisi nasi goreng. Meskipun begitu, dia masih menerima sambil membuka bungkusan makanan itu.
2 kali berturut-turut kena prank
Tetapi si isteri menjadi gembira semula apabila bungkusan yang disangka berisi nasi goreng kampung rupanya adalah kotak sebuah telefon bimbit. Dalam keadaan teruja, dia mula membuka kotak tersebut sambil mengucapkan terima kasih kerana suaminya memberikan hadiah terbaik sempena hari lahirnya. Siapa menduga, rupanya sekali lagi dia disakat apabila kotak tersebut benar-benar terisi dengan nasi goreng kampung. Video tersebut berakhir dengan muka monyok daripada wanita berkenaan apabila dia mendengar suami menggelakkan saja.
Bodo la sia dia punya hadiah birthday. 😂😂😂 pic.twitter.com/vQKJEvEsnZ
— Ted (@Kal1obeat) February 20, 2020
Sumber : Twitter Thedius Maximus