Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

[VIDEO] Suami Isteri Main ‘Batal-Batal’ Air Sembahyang, Ramai Pula Yang Cemburu

23rd December 2019
in Viral
[VIDEO] Suami Isteri Main ‘Batal-Batal’ Air Sembahyang, Ramai Pula Yang Cemburu
592
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Seperti diketahui ramai, mengambil air sembahyang adalah perkara wajib yang perlu dilaksanakan sebelum ibadah solat dibuat. Bahkan tanpa mengangkat air wuduk, solat seseorang itu akan menjadi sia-sia kerana hukumnya adalah tidak sah. Bagi yang tidak tahu, persentuhan di antara suami isteri sebenarnya boleh membatalkan air sembahyang. Namun siapa menyangka, perkara tersebut nampaknya mampu mengeratkan hubungan bahagia sesama suami isteri.

BACA : Isteri Tu Jantung Rumah Tangga, Kalau Dia Bersedih Suami Gembirakanlah Semula

Sekali seumur hidup kau kena lawan macam ni

Hal ini dikatakan demikian kerana sesetengah suami atau isteri akan mengambil peluang berkenaan untuk bergurau senda dengan cuba membatalkan air sembahyang masing-masing. Itulah situasi yang turut dilakukan oleh seorang wanita bernama Intan Kaharuddin bersama dengan imamnya itu sehingga menjadi viral. Mula dikongsikan sejak beberapa hari lalu, rakaman berdurasi seminit lebih berkenaan berjaya meraih ribuan retweet daripada netizen. 

https://twitter.com/KaharuddinIntan/status/1207644560723066886

Tadi kau cakap ada fatwa tak batal wuduk

Intan telah meluru sambil bergelak tawa untuk menyentuh suaminya yang gigih menjaga wuduk. Sedar isterinya cuba mengusik, dia sempat melarikan diri dan merayu agar tidak disentuh pada waktu tersebut. Namun, Intan masih meneruskan usahanya dan tidak cukup menggunakan kaki, dia cuba juga menyentuh menerusi persentuhan tangan.

[VIDEO] Suami Isteri Main ‘Batal-Batal’ Air Sembahyang, Ramai Pula Yang Cemburu

Suami aku selalu kena, bila dia balas aku merajuk

Bukan sahaja mendapat jumlah tontonan yang tinggi, malahan netizen juga turut terhibur melihat gelagat mesra mereka berdua dan mengakui pernah membuat usikan sama. Tidak ketinggalan, ada juga yang merasa ‘sendu’ khususnya orang single kerana masih belum berpeluang untuk bergurau sedemikian rupa memandangkan mereka masih belum mempunyai teman hidup yang halal.

[VIDEO] Suami Isteri Main ‘Batal-Batal’ Air Sembahyang, Ramai Pula Yang Cemburu [VIDEO] Suami Isteri Main ‘Batal-Batal’ Air Sembahyang, Ramai Pula Yang Cemburu [VIDEO] Suami Isteri Main ‘Batal-Batal’ Air Sembahyang, Ramai Pula Yang Cemburu

Sumber : Twitter IntanKaharuddin

Tags: air sembahyangBatalberguraunetizenruangsuami isteri
Next Post
[VIDEO] Suami Isteri Main ‘Batal-Batal’ Air Sembahyang, Ramai Pula Yang Cemburu

"Selamat Ulang Tahun Sayang"- Ifan Seventeen Terkenang Setahun Pemergian Isteri

Gaun Floral Cantik untuk Penampilan Menawan
Kerusi Gaming Ergonomik Selesa & Tahan Lama

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)