Hiburan

[VIDEO] Steady Bersila Atas Meja, ‘Si Bulus’ Clingy Sampai Makan Bersuap

[VIDEO] Steady Bersila Atas Meja, ‘Si Bulus’ Clingy Sampai Makan Bersuap
Rasaflix

Sharing is caring!

Selain daripada mempunyai rupa yang comel, kucing sering digemari ramai kerana telatahnya mampu membuatkan penat lelah seharian bekerja reda begitu saja. Baru-baru ini, telah tular video tentang ‘si bulus’ berwarna putih yang berjaya menarik perhatian para penggemar kucing kerana kelakuannya dianggap berbeza dengan kucing lain.


BACA: [VIDEO] Ekor Goyang Tanda Happy, Gadis Beri Seketul Ayam Untuk Setiap Anjing

Steady je ‘bersila’ atas meja, siap makan bersuap…nampak selera sangat tu sampai tak berkedip mata

Menerusi perkongsian oleh saudara Amir Imran baru-baru ini, telatah unik haiwan peliharaannya yang diberi nama ‘Uteh’ ini telah jadi tular di Facebook. Paling mencuri perhatian, ‘si bulus’ ini ada sikap terlebih manja hinggakan makan pun sampai disuap oleh pemiliknya. Sepanjang rakaman berdurasi 30 saat itu, Uteh yang sedang ‘bersila’ di atas meja seolah-olah sangat selera menikmati sepinggan nasi putih bersama lauk ikan. Bukan sahaja mempamerkan reaksi selamba, gelagatnya itu juga tak ubah seperti seorang budak.


Ni bukan manja ni lazy, duk suap je…owner jangan kusyuk sangat layan nanti terkunyah sekali

Bukan sahaja mencuit hati, rata-rata netizen terhibur menyaksikan kelakuan unik Uteh itu. Selain memuji kecomelannya, mereka juga sempat berseloroh yang ‘si bulus’ tersebut sangat mengada-ngada dan sering ingin perhatian lebih daripada pemiliknya. Secara keseluruhannya, video berkenaan telah meraih lebih 13 ribu perkongsian.


[VIDEO] Steady Bersila Atas Meja, ‘Si Bulus’ Clingy Sampai Makan Bersuap

[VIDEO] Steady Bersila Atas Meja, ‘Si Bulus’ Clingy Sampai Makan Bersuap

 

[VIDEO] Steady Bersila Atas Meja, ‘Si Bulus’ Clingy Sampai Makan Bersuap

 

Sumber: Facebook Amir Imran

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Steady Bersila Atas Meja, ‘Si Bulus’ Clingy Sampai Makan Bersuap

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram