Viral

Sanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen

Sanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen
Rasaflix

Sharing is caring!

Bukan saja manusia, haiwan juga berhak mendapatkan pertolongan dan perlindungan. Dengan adanya kudrat dan akal, tidak salah untuk kita memberikan pelindungan terhadap binatang-binatang ini. Sama juga seperti ihsan yang telah ditunjukkan oleh lelaki ini terhadap seekor anak anjing.

BACA: Lemah Sebab Tak Makan, Kebaikan Gadis Selamatkan Anjing Raih Pujian Ramai

Terlihat ibu anjing dengan suara sayu, rupanya ada anak anjing dalam parit

Menurut arif_fiego, dia dan isteri telah melihat seekor ibu anjing sedang berada di tepi parit sambil mengeluarkan suara sayu seakan-akan bersedih. Apabila melihat kembali, rupanya ada seekor anak anjing yang kelihatan seperti baru dilahirkan hampir tenggelam dibawa arus air.

Sanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen

Lantas bergegas ambil penyodok, demi selamatkan anak anjing

Dia yang melihat kejadian itu lantas mengambil penyodok dan sarung tangan dari kawasan perniagaannya. Menerusi video tersebut, kelihatan dirinya berusaha semampu mungkin demi menyelamatkan anak anjing berkenaan yang sudah separuh nyawa. Setelah memicit badannya sebanyak beberapa kali, barulah anak anjing tersebut kembali sedar sebelum dibawa pergi oleh ibunya.


View this post on Instagram

23 Oct 2020, 5.30pm: Kami nampak ibu anjing ni di tepi parit dengan suara yang sedih n sayu. Bila tengok dalam parit rupanya ada anak dia yang baru lahir. Sebab mata pun belum celik lagi. Sebagai hamba Allah yang dikurniakan akal fikiran dan perasaan sayangkan haiwan memang saya terus berlari cari benda yang boleh angkut puppy tu keluar. Nasib baik la kitchen @kantin_pramugara dekat untuk ambil penyodok sampah tu. Dalam prinsip seorang anak kapal pun, kami sememangnya sudah dilatih untuk sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan. Walaupun saya tak dapat aplikasikan di atas awan, tapi sekurang²nya saya dapat lakukannya di darat dan menyelamatkan nyawa puppy yang hampir lemas 🙏 Disclaimer: Saya ada terbaca komen n ada nitizen yang marah kenapa yang ambil video tapi tak selamatkan? • Sementara saya ambil penyodok n glove, isteri saya perlu tunggu n pantau puppy. Sebab air parit tu besar n puppy tu pulak kecik. Mungkin hilang dari pandangan mata. Kenapa saya tak lompat ambil je puppy tu? • Saya mesti mengambil kira keselamatan saya. Parit tu nampak mata kasar ianya cetek tapi sebenarnya dah diselaputi lumut yang tebal n licin. Mungkin juga ada objek tajam yang membahayakan. • Sekiranya saya lompat mungkin saya akan tergelincir yang boleh menyebabkan kecederaan. Puppy pun tak dapat saya selamatkan. • Tempat kejadian sangat dekat dengan central kitchen saya, jadi saya ambil penyodok dan glove kurang dari 1 minit.

A post shared by arif fiego™ ✈️ (@arif_fiego) on

Berkat pertolongan pemuda ini, anak anjing selamat kembali ke pangkuan ibunya..

Pertolongan yang diberikan oleh lelaki ini telah mendapat pujian serta penghargaan ramai orang atas. Selain mengirimkan doa, mereka turut berharap tindakan menyelamatkan anak anjing tersebut dapat dicontohi oleh setiap orang.

Sanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian NetizenSanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen Sanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian NetizenSumber: Instagram arif_fiego

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Sanggup Masuk Parit Nak Selamatkan Anak Anjing, Pemuda Ini Raih Pujian Netizen

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram