Zaman sekarang, individu yang jadi model fotografi lazimnya daripada golongan muda kerana mereka mempunyai ‘style‘ tersendiri. Tapi berbeza dengan jurugambar yang lain, seorang pemuda ini telah jadikan ayahnya sebagai model subjek fotografi. Betullah kata orang, bakat tu tak kenal sempadan usia kan?
BACA:Â [VIDEO] Cancel Pakej Meja Beradab, Pengantin Share Bajet Kahwin Bawah RM5 Ribu
Bertemakan konsep klasik & retro…OOTD ayah tak ubah seperti model tahun 1970-an
Menerusi sebuah video TikTok yang dapat perhatian ramai baru-baru ini, pak cik tersebut nyata sangat kelihatan segak melaram konsep klasik dan retro seolah-olah pada tahun 1970-an. Di samping kemas tuck-in kemeja dengan design old school sambil digandingkan dengan sepasang cermin mata, warga emas tersebut seolah-olah tidak kekok beraksi di hadapan lensa kamera.
Awalnya saja ajak bapa shoot gambar…tak sangka hasilnya jadi gempak habis
Walaupun penggambaran berlangsung di sekitar rumah mereka saja, tetapi hasil yang dimuat naik oleh pemuda itu tidak ubah seperti sentuhan professional. Outfit dan juga posing bapanya juga telah menjadi bualan hangat netizen di media sosial.
@s4m._ okay @vans sila sponsor HAHAHHA #fy #foryou #NewyearNewmi #foryoupage #photography #xyzbca #fypã‚· #malaysia #2020rewind
Amboi si ayah, tersangat cool…Mesti zaman muda-muda dulu ramai peminat kan
Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen memuji style yang dibawa oleh pak cik ini tak ubah seperti model. Walaupun pak cik ini sudah lanjut usia, mereka turut berseloroh masih wujud vibes ‘jiwa muda’ di dalam dirinya.
Sumber: TikTok s4m._