Viral

[VIDEO] Sangka Bawa Phone Rupanya Remote, Reaksi Cover Malu Gadis Ni Lucu Habis

[VIDEO] Sangka Bawa Phone Rupanya Remote, Reaksi Cover Malu Gadis Ni Lucu Habis
Rasaflix

Sharing is caring!

Tidak dinafikan bahawa setiap daripada kita pasti pernah tersilap bawa atau ambil barang ketika ingin keluar ke mana-mana. Ada kalanya ia berpunca kerana nak cepat ataupun fikiran menerawang hingga tak perasan apa yang dicapai. Akibatnya, diri yang terpaksa menanggung malu apabila ‘kantoi’ di hadapan keluarga ataupun rakan-rakan.


BACA: [VIDEO] Pertama Kali Pakai Braces, Gadis Akui ‘Struggle’ Nak Kunyah Makanan

Pergi makan, sekali berdekah nampak member  keluarkan alat kawalan jauh dari beg…dia ingat phone

Menerusi perkongsian di Twitter, pengguna akaun yang mesra dikenali sebagai @raadhwa telah memuat naik paparan bersama dengan rakannya ketika keluar makan bersama. Namun keadaan bertukar riuh tatkala melihat kawannya mengeluarkan alat kawalan jauh yang pada awalnya disangkakan telefon bimbit. Individu tersebut yang dilihat cuba untuk cover malu turut gagal menahan ketawa.

Habis la nak tukar siaran televisyen di rumah tapi tak boleh…balik mesti mak tanya remote mana

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat gadis berkenaan yang kononnya kalut nak keluar rumah sehingga tersalah capai barang sepatutnya. Selain itu, mereka turut berseloroh memikirkan keadaan ibunya yang tak boleh nak tukar siaran kerana alat kawalan jauh tersebut telah dibawa sekali olehnya. Secara keseluruhan, video berkenaan telah meraih lebih 12 ribu jumlah tontonan setakat ini.


[VIDEO] Sangka Bawa Phone Rupanya Remote, Reaksi Cover Malu Gadis Ni Lucu Habis

[VIDEO] Sangka Bawa Phone Rupanya Remote, Reaksi Cover Malu Gadis Ni Lucu Habis

[VIDEO] Sangka Bawa Phone Rupanya Remote, Reaksi Cover Malu Gadis Ni Lucu Habis

 

Sumber:  Twitter raadhwaa_

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Sangka Bawa Phone Rupanya Remote, Reaksi Cover Malu Gadis Ni Lucu Habis

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram