Sejak akhir-akhir ini, netizen khususnya generasi muda begitu teruja menggunakan filter terbaru daripada aplikasi Instagram untuk menghiburkan hati mereka. Filter yang mempunyai imej pembesar suara itu membuatkan vokal seseorang seolah-olah bergema dan menyedapkan lagi suara sedia ada. Terbaru, seorang pemuda dengan akaun Twitter @Zhaeimz juga menjadi viral gara-gara videonya menggunakan filter berkenaan dimuat naik ke ruangan Twitter.
BACA : [VIDEO] Syok Nyanyi Untuk Birthday Tok Ram, Satu Dewan Berdekah Bila Kek Sampai
Ini ke filter viral tu? Saya nak tarik sikit boleh?
Sejak dikongsikan pada petang semalam, rakaman berdurasi seminit lebih itu sudah meraih ratusan ribu jumlah tontonan daripada netizen. Dengan wajah yang selamba bertempat di beranda rumah, dia mula melaungkan azan dengan nada suara yang begitu merdu sekali.
Assalamualaikum, filter ni ke yang viral tu? saya nak tarik sikit je boleh? pic.twitter.com/MDzJLxWUHm
— 𝗭𝗵𝗮𝗲𝗶𝗺 𝗔𝘇𝗶𝘇 (@zhaeimaziz) November 17, 2019
Finally ada yang guna filter ini untuk kebaikan
Sound effect bergema yang terhasil daripada filter tersebut juga seolah-olah menambahkan lagi kelunakan alunan azan pemuda ini. Malah apabila diteliti, slontaran suaranya persis seperti azan yang sering kita dengar menerusi televisyen mahupun corong radio. Tidak sekadar mendapat jumlah tontonan yang tinggi, malahan rata-rata netizen memuji video azan tersebut. Jika sebelum ini ramai yang menggunakan filter ini untuk tujuan hiburan sahaja, akhirnya mereka senang hati kerana pemuda ini membuat sebuah video bermanfaat.
Sumber : Twitter Zhaeim