Dalam kebahagiaan dan kemanisan mendirikan rumah tangga, pernahkah anda terfikir bagaimana untuk berhadapan detik kehilangan orang tercinta suatu hari nanti? Bukan terpaksa tinggal berjauhan akibat tuntutan kerja mahupun keretakan rumah tangga, namun perpisahan itu bersifat selama-lamanya kerana suami atau isteri pergi bertemu Ilahi.
BACA :Â Tergamak Buang Ayah Sendiri Di Jalan Sunyi, Beri Ubat Tidur Sebelum Tinggal
Siapa yang letak bawang kat sini?
Bercakap tentang hal itu, hanya yang pernah melaluinya saja mengerti makna kerinduan sebenar dan video viral ini telah membuktikan segalanya. Melalui perkongsian di Twitter, seorang individu berjaya merakamkan detik di mana ayahnya seakan-akan meluahkan rindu kepada isteri tercinta. Sambil terbaring dan membuka telefon bimbit, dapat dilihat dia merenung sedalam-dalamnya kepada gambar wanita berkenaan.
https://twitter.com/AkuTitipDulu/status/1243084213387014144?s=19
Menatap gambar di telefon bimbit
Meskipun cuma sekejap, namun rakaman tersebut cukup menyentuh hati ramai. Wajar saja dia mula membesarkan skrin telefon berkali-kali. Rupa-rupanya, wanita itu sudah tiada lagi di dunia dan mungkin itulah cara seorang suami melampiaskan kerinduan yang sudah lama disimpan dalam hati.
Bayangkan rasa dicintai sebegini rupa
Bukan sahaja rakaman itu, malahan lagu latar yang penuh emotional seolah-olah menambahkah gelodak di hati netizen. Selain menyifatkan betapa untungnya rasa dicintai sedemikian rupa, netizen berpendapat bahawa rindu paling perit adalah rindu kepada orang yang sudah tiada.
Sumber : Twitter Bentar