Viral

[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Lepas Solat, Respon Anak Syurga Buat Ramai Sebak

[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Lepas Solat, Respon Anak Syurga Buat Ramai Sebak
Rasaflix

Sharing is caring!

Memiliki salah seorang ahli keluarga yang istimewa bukanlah hal yang membebankan sebaliknya merupakan satu anugerah terindah daripada Allah. Walaupun anak syurga ini tidak sempurna seperti manusia lain, namun mereka mempunyai hati yang murni. Adakalanya sifat nurani yang ada dalam jiwa mereka mampu menyentuh hati ramai orang persis video di bawah ini.


BACA : Anak Autisme Kucup Batu Nisan Di Pusara Ibu, Luah Rindu Yang Tak Berpenghujung

Pura-pura pitam lepas solat…adik terus menangis teresak-esak cuba untuk sedarkan si kakak

Menerusi perkongsian Ira di Tiktok, dapat dilihat gadis ini memegang kepalanya sebelum pura-pura pengsan di sisi adiknya. Apabila melihat si kakak dalam keadaan itu, anak syurga tersebut terus menangis sambil menggoyang-goyangkan tubuh Ira. Walaupun terharu dengan respon adiknya, gadis itu cuba untuk menahan diri daripada ketawa. Pada akhir video, terlihat Ira memandang anak syurga berkenaan lalu mereka sama-sama tertawa sebelum memeluk antara satu sama lain.

@margaritiira

Balas @alyaptry83 abis sholat isya’ sama ade #fyp #berandatiktok

♬ original sound – iraaa🐣✨ – iraaa🐣✨

Ya Allah kekurangan telah menjadi kesempurnaan bagi dirinya…tulusnya hati adik dia

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berasa sebak melihat reaksi adik kepada Ira di dalam video berkenaan. Selain daripada memuji ketulusan hati anak syurga itu, mereka juga sempat mendoakan dan memberi kata semangat buat adik-beradik ini. Video 53 saat ini telah meraih lebih 2 juta tontonan semenjak dimuat naik di aplikasi Tiktok.


[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Lepas Solat, Respon Anak Syurga Buat Ramai Sebak

[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Lepas Solat, Respon Anak Syurga Buat Ramai Sebak[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Lepas Solat, Respon Anak Syurga Buat Ramai Sebak

Sumber : Tiktok margari tiira

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Pura-Pura Pengsan Lepas Solat, Respon Anak Syurga Buat Ramai Sebak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram