Viral

[VIDEO] Penjaga Parking Redah Hujan, Gigih Sarung Semua Helmet Guna Plastik

[VIDEO] Penjaga Parking Redah Hujan, Gigih Sarung Semua Helmet Guna Plastik
Rasaflix

Sharing is caring!

Ikhlas dalam menjalankan tugas yang diamanahkan merupakan sesuatu amalan mulia. Bergelar sebagai seorang penjaga parking bukan sesuatu yang mudah. Pekerjaan seperti ini juga agak kurang mendapat perhatian orang awam. Namun, siapa sangka dengan video yang telah dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok @afrcherry tentang seorang pekerja telah berjaya mendapat perhatian ramai.

BACA : Tak Ada Siapa Berani Dekat, Pak Cik Tua Hidup Daif Setahun Lebih Di Parking PPR

Rela kena hujan supaya helmet tak basah…

Meraih lebih 900 ribu tontonan di laman Tiktok, lelaki yang bertugas sebagai penjaga tempat letak kereta ini telah berusaha keras untuk melindungi harta orang awam sebaik-baiknya. Dapat dilihat, pemuda di dalam rakaman tersebut  sedang menyarungkan plastik bagi menutup semua topi keledar di atas motosikal di sana. Hal ini demikian bagi mengelakkan barangan tersebut basah dek terkena air. Meskipun terpaksa berulang-alik sebanyak beberapa kali, dia sanggup meredah hujan demi niat murni tersebut.


@afrcherry

#respect

♬ original sound – C e i – C e i

Netizen memuji abang penjaga parking

 Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata memuji sikap lelaki ini kerana berhati mulia. Pada masa yang sama, mereka juga mendoakan semoga pemuda ini sentiasa dimurahkan rezeki. Para netizen turut berpendapat bahawa sikapnya yang ikhlas dalam menjalankan tanggungjawab yang telah di amanahkan ini wajar di contohi oleh masyarakat.

 

[VIDEO] Penjaga Parking Redah Hujan, Gigih Sarung Semua Helmet Guna Plastik

[VIDEO] Penjaga Parking Redah Hujan, Gigih Sarung Semua Helmet Guna Plastik


[VIDEO] Penjaga Parking Redah Hujan, Gigih Sarung Semua Helmet Guna Plastik

 

 

Sumber : Tiktok afrcherry


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Penjaga Parking Redah Hujan, Gigih Sarung Semua Helmet Guna Plastik

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram

Would you like to receive notifications on latest updates? No Yes