Viral

[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan

[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan
Rasaflix

Sharing is caring!

Beberapa rakaman video memaparkan keadaan beberapa Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula diserbu orang ramai selepas kembali beroperasi minggu ini menjadi tular di media sosial. Orang ramai dilihat beratur panjang di luar pejabat JPJ bagi menyelesaikan urusan mereka yang tertangguh disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

BACA : Gara-Gara Donut Siap Bungkusan ‘Serbuk Putih’, Runner Menggelupur Ditahan Polis


Berpusu-pusu macam ada sale raya..

Menerusi potongan video yang dimuat naik oleh pengguna Twitter @khalids, orang ramai kelihatan berpusu-pusu berlari masuk ke premis kerajaan ini sebaik sahaja ia dibuka. Malah kemeriahan premis berkenaan saling tak ubah seperti suasana jualan harga murah sempena Ramadan dan Syawal. Difahamkan, klip video amatur tersebut yang dikongsikan ini dipercayai berlaku di pejabat JPJ yang terletak di Pulau Pinang.

[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan

 

[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan

Punya kalut sampai tergolek pak cik tu..

Di sebalik ‘lautan manusia’ tersebut, seorang lelaki tidak semena-mena hilang kawalan dan tiba-tiba jatuh tergolek ketika sedang berlari. Bagaimanapun, individu terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan segera bangun sebelum meneruskan hajatnya ke sana. Difahamkan, hasil laporan berita turut mendapati beberapa pejabat JPJ di seluruh negara turut menyaksikan kejadian sama di mana orang ramai dilihat sanggup beratur panjang untuk menyelesaikan urusan mereka.


[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan
Gambar Sekadar Hiasan

 

[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan
Gambar Sekadar Hiasan

Kesiannya yang tergolek tu..

Dikongsi sejak awal pagi tadi, video berdurasi kurang daripada seminit itu berjaya meraih lebih 70 ribu tontonan serta dihujani pelbagai reaksi daripada netizen. Rata-rata mereka menyelar tindakan orang ramai yang seakan-akan mengambil remeh berhubung penularan pendemik COVID-19 di negara ini. Tidak kurang juga yang terhibur dengan insiden menimpa pak cik berkenaan.

[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan [VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan

Sumber : Twitter khalids


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Pejabat JPJ Diserbu Orang Ramai, Punya ‘Kalut’ Sampai Tergolek Di Jalan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram